Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Masuk keluar parti perkara biasa, kata Zuraida

Tindakan beberapa ketua wanita cabang PKR di Melaka yang berpaling tadah dan menyertai Umno baru-baru ini harus dijadikan pengajaran supaya parti itu dapat diperbaiki, kata Naib Presiden Zuraida Kamaruddin.

Bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Zuraida menegaskan bahawa walaupun PKR tidak boleh menghalang mana-aman anggotanya untuk keluar parti, tindakan berkenaan harus dijadikan sebagai iktibar.

“Perkara masuk keluar parti perkara biasa. Ikut citarasa, keperluan masing-masing. Kita tak halang mana-mana pihak buat keputusan keluar parti masuk parti lain.

“Bagaimanapun, jika ada kelalaian dari pihak parti, kita ambil sebagai iktibar, untuk perbaiki keadaan,” katanya.

Zuraida diminta mengulas pengumuman keluar parti yang dibuat oleh bekas ketua Wanita cabang Tangga Batu Rohani Mahmood dan bekas ketua Wanita PKR cabang Kota Melaka Laila Maidon yang dibuat di media sosial pada Sabtu lalu.

Sumber dalaman memberitahu Malaysiakini bahawa peletakan kedua-dua mereka itu dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan PKR Melaka yang mendorong spekulasi berlaku pergolakan dalam PKR di negeri itu.

Semalam, ketua wanita PKR Melaka Ginie Lim berkata beliau akan menyiasat sebab sebenar di sebalik peletakan jawatan berkenaan dan membawa perkara itu kepada biro politik parti.

Disoal sama ada cabang-cabang berkenaan memerlukan perhatian dari kepimpinan pusat, Zuraida yang juga adalah bekas ketua wanita PKR tidak menjawap soalan wartan.

“Seperti saya sebut, people are free to come and go.

“Tapi kalau apa terjadi tu dari kelalaian, saya harap pihak parti ambil pengajaran di situ dan ambil iktibar dan perbaiki prestasi parti,” katanya.

Lihat Komen
ADS