Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malaysia beli drone RM80 juta dari Amerika
Diterbitkan:  Jun 4, 2019 1:37 PM
Dikemaskini: 5:37 AM

Kerajaan AS sedia untuk menjual 12 drone bertaraf pengawasan tentera bernilai hampir RM80 juta ke Malaysia, lapor berita antarabangsa Reuters.

"Pentagon berkata jualan Jumaat lalu (31 Mei) termasuk alat ganti dan bahagian pembaikan, kelengkapan sokongan, peralatan, latihan dan perkhidmatan teknikal serta kerja-kerja ke atas peralatan itu yang dijangka selesai pada Mac 2022," kata laporan berkenaan.

Drone yang dimaksudkan itu adalah ScanEagle yang tanpa senjata, yang dibuat oleh anak syarikat Boeing, Insitu Inc.

Menurut laman web berita tentera The Defense Post, ScanEagle mempunyai ketahanan penerbangan lebih daripada 20 jam dan boleh digunakan untuk tujuan perisikan, peninjauan serta misi pengawasan.

Selain Malaysia, yang akan membeli 12 unit pada harga AS$19 juta (RM79.36 juta), beberapa negara lain di rantau Laut China Selatan juga dilaporkan akan membeli drone itu.

Indonesia dan Filipina akan membeli lapan unit manakala Vietnam dijangka membeli enam.

Ini di sebalik perselisihan wilayah antara negara-negara berkenaan dengan Beijing, yang menuntut keseluruhan Laut China Selatan dan meleatkkan kapal-kapal tentera laut negara itu di sana.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata bahawa beliau menentang dengan kehadiran kapal perang Cina di kawasan itu dan lebih suka jika negara Asean bersama-sama meronda perairan berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS