Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Iran tembak jatuh drone tentera Amerika
Diterbitkan:  Jun 20, 2019 4:51 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

GLOBAL l Iran telah menembak jatuh sebuah pesawat drone milik tentera Amerika Syarikat yang menurut Pengawal Revolusi Iran terbang di sekitar selatan negara itu.

Ini menimbulkan kebimbangan bahawa konfrontasi ketenteraan yang bakal meletus antara Teheran dan Washington.

Laman web Sepah News melaporkan, drone "pengintip" yang ditembak jatuh di wilayah selatan Hormozgan, Iran, yang terletak di Teluk.

Sementara agensi berita negara Iran, IRNA, yang menerbitkan laporan sama, mengenal pasti drone itu sebagai jenis RQ-4 Global Hawk.

Seorang pegawai AS berkata seorang tentera laut AS MQ-4C Triton telah ditembak di ruang udara antarabangsa di Selat Hormuz.

Mengikut pengilang MQ-4C Triton, Northrop Grumman, di laman webnya, Triton boleh terbang lebih 24 jam pada satu masa, dan pada ketinggian lebih 10 batu, dengan jarak operasi 8,200 batu nautika.

Insiden itu berlaku ketika ketegangan yang meningkat antara Iran dan AS.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS