Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
STPM atau matrikulasi: Peluang mana lebih cerah?
Diterbitkan:  Jul 5, 2019 11:39 AM
Dikemaskini: 3:39 AM

PARLIMEN l Kementerian Pendidikan pernah menegaskan bahawa kerajaan tidak membezakan antara kelayakan pemegang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi untuk kemasukan ke universiti awam. Sebaliknya, ini diputuskan berdasarkan meritokrasi.

Namun berdasarkan data dari tahun akademik 2018/2019, peluang untuk ke universiti awam bagi pelajar yang melalui sistem pendidikan matrikulasiadalah lebih cerah baik berbanding dengan pelajar yang mengambil peperiksaan STPM.

Menurut jawapan bertulis bertarikh 3 Julai oleh Menteri Pendidikan Maszlee Malik, 33,197 lepasan STPM dan 20,907 calon lepasan matrikulasi yang memohon ke universiti awam.

Daripada jumlah 33,197 calon STPM itu, 24,375 atau 73.4 peratus ditawarkan tempat pengajian di IPTA. Manakala daripada jumlah 20,907 calon lepasan matrikulasi berkenaan sebanyak 20,269 atau 96.9 peratus ditawarkan tempat ke IPTA.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS