Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bukan merancang untuk memecahbelahkan masyarakat Cina dengan menyatukan orang Melayu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Mengulas klip audio yang tular dalam bahasa Cina, di mana seorang anggota DAP didakwa menuduh pemimpin berusia 94 tahun itu menggunakan isu "khat" untuk menyemai bibit-bit keretakan dalam parti itu.

Ditanya apakah beliau bersetuju dengan dakwaan tersebut, Loke berkata, beliau tidak berkata sedemikian.

"Saya tidak pernah mengatakan bahawa saya percayanya, saya kata Mahathir adalah seorang negarawan, beliau adalah PM untuk semua rakyat Malaysia," kata pemimpin DAP itu kepada pemberita di Subang Jaya pagi ini.

Pengenalan tulisan Jawi dalam bentuk khat oleh Kementerian Pelajaran dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu untuk sekolah Cina dan Tamil telah mencetuskan perdebatan hangat dan menyaksikan keretakan dalam DAP.

Dalam video yang tular di media sosial itu, ahli DAP berkenaan juga menuduh Mahathir cuba menghancurkan sokongan pengundi Cina kepada parti itu dengan mengekploitasi isu tulisan Jawi.

"Mahathir adalah dalang di sebalik kontroversi tulisan Jawi, isu UEC dan Lynas. Sepanjang hayatnya, dia hanya mahu memecah masyarakat Cina dan menyatukan orang Melayu," kata ahli DAP itu.

Loke, yang juga setiausaha penganjur DAP menolak gesaan MCA supaya parti itu menekan Mahathir supaya membatalkan pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular.

"Tidak. Kita tidak perlu dengar MCA, kita dengar rakyat dan anggota parti, kita tidak terikat dengan MCA, kita terikat dengan rakyat," katanya.

"Kita berkhidmat untuk rakyat, kita tidak berkhidmat untuk MCA," katanya.

Semalam, Timbalan Presiden MCA Dr Mah Hang Soon menggesa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin veteran Lim Kit Siang untuk menekan Mahathir supaya menarik balik pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah vernakular.

[Baca berita penuh]