Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Patriot: Zakir Naik, jangan persoal kesetiaan rakyat keturunan India
Diterbitkan:  Aug 13, 2019 12:26 PM
Dikemaskini: 4:26 AM

Pesatuan Patriot Nasional (Patriot) hari ini meminta pendakwah Islam Dr Zakir Naik supaya jangan mempersoalkan kesetiaan rakyat Malaysia keturunan India terhadap negara.

President Patriot Datuk Mohamed Arshad Raji juga meminta Zakir agar tidak menggembar- gemburkan tentang layanan kerajaan China terhadap umat Muslim Uyghur di negara itu.

"Rakyat Malaysia yang berketurunan India setia kepada negara. Mereka turut banyak menyumbang bersama bangsa lain berkhidmat dengan anggota keselamatan dalam mempertahankan raja dan negara.

“Tindakan Zakir mempersoalkan kesetiaan rakyat Malaysia keturunan India adalah silap dan jahil tentang rakyat negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata isu sensitif seperti umat Islam Uyghur pula seharusnya diserahkan kepada kementerian luar untuk ditangani dan tidak perlu digembar-gemburkan.

Arshad mengulas ceramah yang disampaikan oleh Zakir dalam program dakwah Kelantan pada 9 Ogos.

- Bernama

Lihat Komen
ADS