Keuntungan bersih separuh tahun pertama Geely Automobile Holdings Ltd yang berpangkalan di China merosot 40 peratus, ketika mana pasaran automotif negara itu berhadapan penurunan yang berterusan.

Geely, pengeluar kenderaan berprofil tinggi di China susulan pelaburannya dalam Volvo dan Daimler, mencatatkan keuntungan bersih 4.01 bilion yuan (AS$568.5 juta), berbanding dengan 6.67 bilion yuan tempoh sama tahun sebelumnya.

Penganalisis di UOB, Kenneth Lee, menjangkakan Geely melaporkan keuntungan sebanyak 4.78 bilion yuan untuk tempoh itu, demikian menurut data Refinitiv.

Jumlah pendapatan bagi separuh pertama berjumlah 47.56 bilion yuan, turun daripada 53.71 bilion yuan dalam tempoh sama 2018, katanya.

Syarikat itu menjual 651,680 kenderaan pada tempoh Januari-Jun, sekitar 15 peratus lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu.

 

Bulan lalu, Geely merendahkan sasaran jualannya untuk tahun ini kepada 1.36 juta unit daripada 1.51 juta unit, yang bertujuan untuk mengurangkan inventori peniaga di tengah-tengah ketidakpastian dalam pasaran kenderaan secara keseluruhannya.

- Reuters

[Baca berita penuh]