Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Suspek LTTE cabar penahanan Sosma di mahkamah
Diterbitkan:  Oct 18, 2019 5:21 PM
Dikemaskini: 9:21 AM

Salah seorang suspek yang ditangkap atas dakwaan yang dikaitkan dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) memfailkan permohonan bagi mencabar penahanan polis di mahkamah.

Lelaki berusia 57 tahun dari Sungai Buloh, Selangor yang mengendalikan sebuah restoran itu memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui peguamnya pada Rabu lalu.

Habeas corpus adalah writ yang menghendaki pihak berkuasa untuk mengemukakan seseorang yang ditangkap di hadapan hakim. Lazimnya ia bertujuan untuk memohon pembebasan tahanan itu melainkan pihak berkuasa dapat memberi alasan yang kukuh di sebalik penangkapan tersebut.

Menurut peguam S Selvam, anak guamnya adalah antara tujuh suspek yang ditangkap oleh Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman pada 10 Oktober lalu dalam satu siri serbuan ke atas aktivitis yang didakwa berkaitan dengan LTTE.

Beliau berkata suspek ditangkap kerana membuat dua klip video, di mana lelaki itu menyuarakan sokongannya terhadap LTTE.

"Cabaran kami di sini, kami kata bahawa anak guam saya ditangkap semata-mata kerana dia telah menularkan dua video, yang dirinya dirakamkan berkata mangsa rejim Sri Lanka adalah rakyat Sri Lanka.

"Jadi dia kata dirinya adalah orang India, dan Tamil Eelam adalah (juga) Tamil, jadi apa salahnya dia memberi sokongan kepada mereka.

"Dia membandingkan sokongannya (kepada LTTE) dengan orang lain yang menyokong masyarakat Rohingya, dan Hamas di Palestin. Dia tanya mengapa dia harus didiskriminasi kerana menunjukkan sokongan kepada rakyat India kerana dia juga orang India," kata Selvam,

Menurut peguam itu, mereka membuat permohonan habeas corpus untuk memaksa pihak berkuasa membuktikan kepada mahkamah jika mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk menahan suspek.

Selvam berkata satu lagi alasan mereka membuat permohonan itu ialah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai bagi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang digunakan oleh polis terhadap anak guamnya itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS