Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Artikel projek terowong Pulau Pinang: Lim saman blogger Raja Petra

Menteri Kewangan Lim Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap blogger kontroversial Raja Petra Kamarudin berhubung dengan 10 artikel dalam talian mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu memfailkan pernyataan tuntutannya, melalui firma undang-undang Messrs Simon Murali & Co, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 September lalu.

Mengikut salinan pernyataan tuntutan yang disalinannya diberikan kepada Malaysiakini hari ini, Lim menyaman Raja Petra berhubung beberapa siri artikel "Dari Fail SPRM" yang disiarkan di oleh laman blog Malaysia Today, dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, antara 24 Februari hingga 15 Mac.

Artikel yang didakwa memfitnah itu berkaitan dengan siasatan SPRM mengenai isu dakwaan rasuah dalam projek infrastruktur negeri Pulau Pinang.

Pernyataan tuntutan itu antara lain menyebut nama-nama pemimpin yang dirujuk, antara mereka adalah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Peguam Negara Tommy Thomas, bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Abdul Aziz, dan Pengerusi serta Pengarah Urusan Consortium Zenith Constructions Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Pada 3 Mac, Lim dilaporkan berkata bahawa projek terowong bawah laut Pulau Pinang itu telah diserahkan kepada kontraktor Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd melalui tender terbuka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS