Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim: Pembiayaan awam boleh diteruskan jika MCA lepaskan TARUC
Diterbitkan:  Nov 12, 2019 12:21 PM
Dikemaskini: 4:21 AM

Kerajaan bersedia menyalurkan sekurang-kurangnya RM30 juta untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC) bermula dari 2019 sekiranya MCA melepaskan kawalan parti itu ke atas institusi pendidikan tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata syarat itu mesti dipenuhi agar pentadbiran Pakatan Harapan dapat memenuhi komitmennya terhadap pembaharuan institusi termasuk pemisahan dana dan parti politik.

"Atas sebab itu, dana awam tidak boleh diberikan kepada institusi yang dikendalikan oleh parti politik.

"Prinsip dasar akuntabiliti awam ini diamalkan di semua negara demokrasi di dunia dan dihormati oleh semua parti politik di Malaysia, termasuk parti pembangkang, kecuali MCA," kata Lim.

Lim, yang juga adalah menteri kewangan, berkata pembiayaan untuk TARUC boleh disambung semula apabila institusi itu ditadbir secara profesional dan bukannya oleh MCA.

Memandangkan ini, beliau menggesa MCA supaya tidak "mementingkan diri sendiri" dan menyerahkan institusi pendidikan berkenaan kepada persatuan alumni TARUC.

"Ini bukan hanya pendirian peribadi saya tetapi juga mendapat restu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Pengesahan terbaru itu dibuat secara bertulis oleh perdana menteri pada 15 Oktober lalu dan disahkan pada 21 Oktober.

"Biar saya mengulangi lagi bahawa kerajaan tidak mempunyai kepentingan atau niat untuk mengambil alih pentadbiran TARUC seperti pembohongan yang disebarkan di media arus perdana Cina dan Inggeris terbesar yang dikuasai oleh MCA," kata Lim.

Lihat Komen
ADS