Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mesej 'PM akan umum letak jawatan’ palsu, kata pegawai PMO
Diterbitkan:  Nov 18, 2019 1:11 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Seorang pegawai dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengeshkan bahawa mesej yang menyebut Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan peletakan jawatannya dalam masa terdekat yang diedarkan di media sosial adalah tidak benar.

Ini berlaku selepas kekalahan Pakatan Harapan Sabtu lalu pada pilihan raya kecil Tanjung Piai, yang menurut pengkritik Dr Mahathir kekalahan itu sebagai referendum rakyat terhadap kepimpinannya.

"Betul, ia tidak benar," kata pegawai itu kepada Malaysiakini.

Pegawai itu juga menyangkal mesej yang kononnya menyatakan bahawa media telah diarahkan untuk tidak memberikan sebarang akses kepada Mahathir kerana dia merancang untuk mengumumkan peletakan jawatannya.

"Belum disahkan tetapi agensi berita diarahkan agar tidak memberi akses kepada Tun M untuk sebarang bentuk wawancara secara langsung untuk menghalangnya daripada berkata perkara yang tidak menyenangkan, termasuk meletak jawatan dengan segera tanpa mengumumkan penggantinya.

"Tun M telah terbang ke luar negara sejam yang lalu .. berita sedang disahkan sekarang .. Esok, satu referendum akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Harapan tanpa Tun M," petik mesej yang menjadi tular di media sosial hari ini.

Sebalik pegawai itu berkata Mahathir menghadiri mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 di Jabatan Perdana Menteri pagi ini.

"Dia bukan berada di luar negara," kata pegawai itu sambil menambah perdana menteri sedang bekerja seperti biasa.

Pada pilihan raya kecil Tanjung Piai Sabtu lalu, calon BN Wee Jeck Seng menang dengan majoriti 15,086 undi. Dia mendapat 25,466 undi berbanding calon PH, Karmaine Sardini yang hanya memperolehi 10,380 undi.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata majoriti besar BN itu adalah satu kejutan.

"Majoriti yang diperoleh oleh pembangkang adalah satu kejutan dan juga mesej kepada seluruh kepimpinan Pakatan Harapan. Kita mesti belajar daripada keputusan pilihan raya itu," kata Anwar.

Bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali menyarankan agar Mahathir meletak jawatan selepas kekalahan pilihan raya berkenaan.

Lihat Komen
ADS