Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zaid bidas pemimpin PAS, kata Lim antara menteri yang lebih baik
Diterbitkan:  Nov 21, 2019 6:48 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Zaid Ibrahim hari ini tampil mempertahankan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng ketika pemimpin-pemimpin PAS membidasnya dan menuntut beliau dilucutkan jawatannya sebagai sebagai menteri kewangan.

Bekas menteri itu berkata pembangkang tidak mempunyai sebarang urusan dalam menentukan menteri mana yang harus dikekalkan atau sebaliknya.

Menurutnya, alasan yang dipetik oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man adalah tidak berasas dan mempersoalkan jika pendiriannya didorong oleh faktor kaum dan agama yang bertentangan dengan fakta dan peramgkaan.

"Menyemai kebencian terhadap Lim adalah tidak sepatutnya.

"Bagaimana perasaan Tuan Ibrahim jika kita kata dia tidak layak menjadi timbalan presiden PAS?" kata ahli DAP itu kepada Malaysiakini petang ini.

Zaid berkata, Tuan Ibrahim sepatutnya membekalkan alasan kukuh untuk memberi asas berhubung desakannya agar Lim disingkirkan daripada membuat tuntutan remeh.

"Serangan peribadi adalah primitif. Malah, Lim (gambar) adalah antara menteri yang lebih baik di kalangan pemimpin Pakatan Harapan," katanya.

Lebih-lebih lagi, Zaid berkata jika Tuan Ibrahim ikhlas dalam penilaiannya terhadap menteri-menteri PH, maka beliau perlu mengakui bahawa menteri-menteri dari Bersatu adalah yang di luar daripada jangkaan.

"Tuan Ibrahim tidak sepatutnya memilih dan mengabaikan gajah di depan matanya hanya kerana Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah mengikrarkan sokongan padu kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi Bersatu.

"Sebagai pemimpin sebuah parti yang berbangga diri kononnya menegakkan prinsip-prinsip Islam, keikhlasan harus mengatasi kepentingan politik dan pilih kasih," katanya.

Semalam, Hadi berjanji bahawa semua 18 ahli parlimen PAS akan menyokong Mahathir sekiranya undi tidak percaya dibuat ke atasnya.

Menurut Tuan Ibrahim, jika kajian dala talian dibuat hari ini, “dalam masa sejam pun berapa ribu orang sokong menteri kewangan ditukar.”

Beliau antaranya tidak berpuas hati dengan peruntukan untuk hal halal yang menurutnya lebih kecil dari pembangunan Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS