mk-logo
Berita
Alumni TAR UC sahkan terima geran RM40 juta

Kementerian Kewangan telah memindahkan geran RM40 juta kepada Tabung Amanah Pendidikan yang diuruskan oleh Persatuan Alumni TAR UC (TAA) untuk digunakan bagi manfaat Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dan para pelajarnya.

Ini diumumkan pada satu sidang akhbar oleh TAA dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur hari ini.

"Selepas menerima geran kerajaan yang ditadbir untuk TAR UC, Tabung Amanah Pendidikan TAA akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyalurkan geran yang akan memberi manfaat kepada TAR UC dan para pelajarnya.

"Lembaga pemegang amanah Tabung Amanah Pendidikan TAA sebagai pengurus dana yang baru akan bekerja sama dengan pasukan pengurusan AR UC untuk memastikan geran pemerintah diurus dan diagih secara betl demi kesejahteraan TAR UC dan pelajar," kata Presiden TAA Yap Kuak Fong pada sidang akhbar hari ini.

Kementerian Kewangan hari ini juga menyerahkan terma rujukan (TOR) serta penerimaan pemindahan dana untuk pemberian kepada TAA pada sidang akhbar itu.

Lim berkata TOR yang ditetapkan oleh kerajaan Pakatan Harapan dalam pemberian RM40 juta itu adalah sama dengan yang ditetapkan oleh kerajaan terdahulu, bahawa TAR UC tidak boleh dikaitkan atau terikat dengan mana-mana parti politik.

Beliau juga berkata geran RM40 juta ini membuktikan bahawa kerajaan PH tidak berhasrat untuk menutup atau campur tangan secara politik dalam hal ehwal TAR UC.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini