Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Jho Low mengarut, bagi alasan kerana tak mahu pulang'

Dakwaan Jho Low bahawa dia khuatir tidak mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia hanyalah alasan untuk tidak kembali ke negara ini, kata peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Peguambela utama Najib Razak itu mendakwa Low membuat kenyataan berkenaan kerana takut berdepan undang-undang berhubung peranannya dalam skandal kewangan 1MDB.

"Jika dia takut jika dia pulang, dia akan ditangkap, dia akan disiasat, kenyataannya akan diambil, dan hampir 100 peratus dia akan didakwa atas beberapa kesalahan serius, jelas dia akan membuat kenyataan (seumpama) itu.

"Jika kamu Jho Low, kamu tidak akan membuat kenyataan seperti itu? Kamu mesti mencari alasan untuk tidak kembali ke Malaysia," katanya hari ini.

Shafee mengulas artikel portal Straits Times Singapura hari ini, yang menyiarkan temu ramah eksklusif dengan Jho Low.

Dalam wawancara melalui e-mel itu, Low, atau nama betulnya, Low Taek Jho, berkata bahawa dia hanya akan kembali "apabila iklim politik di Malaysia saya rasakan cukup selamat untuk pulang dan kedaulatan undang-undang dihormati".

Low yang berusia 38 tahun dan berasal dari Pulau Pinang itu juga mendakwa bahawa serangan ke atasnya adalah bermotivasi politik, dan dia adalah sasaran mudah kerana dia bukan seorang ahli politik.

Ditanya mengenai perkara itu, Shafee mendakwa kenyataan itu mengarut, dan berkata Low yang menyanggah hujahnya sendiri.

"Baginya untuk mengatakan dia hanya mangsa, kerana dia bukan seorang ahli politik, itu mengarut.

"Kerana jika kamu bukan seorang ahli politik, tiada siapa yang mahu menjadi kamu mangsa. Oleh kerana kamu bukan ahli politik, kamu harus pulang,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS