Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JKNC/R sokong Dr Mahathir pangku menteri pendidikan
Diterbitkan:  Jan 13, 2020 1:13 PM
Dikemaskini: 5:13 AM

Tugas menteri pendidikan dipangku Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus mendapat sokongan pelbagai pihak.

Terbaru Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor (JKNC/R) Universiti Awam Malaysia hari ini menyatakan sokongan terhadap Dr Mahathir yang memangku jawatan itu.

“JKNC/R akan sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada Dr Mahathir dalam melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara, seiring dengan Revolusi Industri 4.0, inovasi digital serta objek rangkaian internet (IOT) berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.

"JKNC/R juga komited untuk memperkasa pendidikan tinggi negara yang berkualiti, inklusif, dan kondusif ke arah pendidikan tinggi bertaraf global," katanya dalam kenyataan, hari ini.

JKNC/R juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Mahathir yang memangku jawatan itu berkuat kuasa 3 Jan lepas.

"Semoga dengan pelantikan ini, Yang Amat Berhormat Tun (Dr Mahathir) dapat terus memacu dan memperkasa kecemerlangan pendidikan negara," katanya.

Pada 2 Jan, Dr Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan setelah 20 bulan memegang jawatan berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS