Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penerbit filem cabar Syed Saddiq rebut ketua Armada

Penerbit filem yang juga ahli perniagaan Razalif Mohd Zain hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Bersatu (Armada), pada pemilihan parti itu nanti.

Razalif,30, yang kini merupakan Ketua Cawangan Armada Seaview Park, di George Town, Pulau Pinang berkata beliau berhasrat untuk bertanding jawatan itu bagi memperbaharui lagi barisan Armada.

"Salah satu sebab saya hendak bertanding jawatan Ketua Armada Nasional adalah kerana kita mengamalkan prinsip demokrasi dan saya juga ingin memperjuangkan nasib dan masa depan Armada," katanya kepada pemberita selepas menghantar borang pencalonan pemilihan parti itu di George Town hari ini.

Razalif yang turut bertanding bagi jawatan Ketua Armada Bahagian Bukit Bendera berkata beliau akan memperjuangkan lima teras iaitu agama bangsa dan negara, Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara, kebajikan Armada serta ekonomi Armada, anak muda masa depan negara dan nakhoda bangsa.

Sebelum ini Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu nanti.

Syed Saadiq yang juga Menteri Belia dan Sukan adalah Ahli Parlimen Muar Johor.

- Bernama

Lihat Komen
ADS