Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LTTE: Mahkamah tangguh keputusan ikat jamin, bawa ke Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan keputusan permohonan ikat jamin Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seremban Jaya P Gunasekaran ke Mahkamah Persekutuan berhubung dakwaan  mempunyai hubungan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Peguambela Ramkarpal Singh berkata, keputusan itu dibuat selepas dua hakim berbeza pendapat berhubung sama ada Seksyen 13, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"(Penangguhan) ini adalah penting kerana sekarang terdapat dua keputusan yang berbeza mengenai isu ini di Mahkamah Tinggi dan oleh itu adalah wajar mahkamah yang tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan untuk membuat satu keputusan muktamad berkenaan isu yang akan terpakai kepada semua Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah selepas ini.

"Jadi kami berharap dapat satu tarikh untuk pendengaran di Mahkamah Persekutuan secepat mungkin," katanya kepada pemberita di luar mahkamah hari ini.

Notis Usul bertarikh 10 Februari menyatakan persoalan undang-undang iaitu sama ada Seksyen 13 Sosma adalah tidak berpelembagaan dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.

"Permohonan Jenayah no:WA-44-335-12/2019 ditangguhkan dan/atau tidak diputuskan oleh mahkamah yang mulia ini sehingga persoalan sama ada Seksyen 13, Sosma adalah tidak berpelembagaan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

"Lain-lain relief dan/atau perintah-perintah yang mahkamah yang mulia ini fikiran wajar, sesuai dan/atau adil," menurut notis usul tersebut.

Notis Usul tersebut turut menyatakan seorang tertuduh lain iaitu Adun Gadek, G Saminathan yang telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan.

Akta itu membenarkan penahanan selama 28 hari.

Pada 29 November, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, ketika membuat keputusan terhadap Saminathan, menyatakan bahawa Seksyen 13 adalah tidak berperlembagaan kerana ia adalah di luar budi bicara bidang kuasa kehakiman untuk menilai sama ada untuk membenarkan atau menolak ikat jamin.

Bagaimanapun, dua hari lalu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan pula tidak bersetuju bahawa Seksyen 13 Sosma adalah tidak berperlembagaan.

Ia berikutan keputusan mahkamah menolak permohonan peniaga B Subramaniam yang menghadapi pertuduhan memberi sokongan berkaitan kumpulan pengganas LTTE, supaya dibebaskan dengan jaminan sehingga kesnya selesai.

Hakim Muhammahd Jamil Hussin pula hari ini menetapkan tarikh 13 Mac sebagai tarikh pengurusan kes ke Mahkamah Persekutuan.

 

Lihat Komen
ADS