Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Setiap pandangan akan diteliti sebelum pewartaan keluar - MB S’gor
Diterbitkan:  Feb 21, 2020 7:23 PM
Dikemaskini: 11:23 AM

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari hari ini menegaskan bahawa pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat masih belum dikeluarkan.

Menurut beliau, sebaliknya warta tersebut masih melalui proses penyediaan laporan bertulis dan hebahan serta notis penyiasatan awam yang akan berlangsung hingga 5 Mac.

“Ini bermakna kerajaan negeri Selangor sedang mendapat maklum balas daripada semua pihak berkepentingan, khususnya rakyat umum, masyarakat Orang Asal dan NGO.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak akan membuat keputusan berkenaan isu ini sebelum meneliti setiap pandangan daripada rakyat umum serta menghalusi laporan-laporan teknikal yang merangkumi analisa kos faedah berkait dampak keputusan ini,” kata Amirudin dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, kawasan seluas 300 hektar lebih besar daripada rizab Kuala Langat (Utara) sekarang dengan ekologi yang sama, akan digantikan jika rizab yang sedia ada dinyahwartakan.

Selangor juga, katanya, menghormati hak-hak Orang Asal dan akan mencari penyelesaian yang terbaik agar penempatan mereka tidak diganggu.

Berita mengenai rancangan untuk menyahwartakan rizab hutan seluas 930 hektar itu timbul apabila Jabatan Perhutanan Selangor menyiarkan notis mengenai cadangan itu di akhbar-akhbar utama pada 5 Februari lalu. Ia mempelawa pihak berkepentingan ntuk menyuarakan bantahan mereka jika ada terhadap cadangan itu dalam tempoh 30 hari.

Ini adalah selaras dengan Kaedah-kaedah Penyiasatan Awam (Selangor) 2014, serta Akta Perhutanan Negara Enakmen (Pemakaian) 1985, yang mewajibkan tindakan berkenaan (meletak notis) sebelum rizab hutan boleh dinyahwartakan.

Antara sebab untuk menyahwartakan hutan itu adalah untuk memberi laluan kepada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS