Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perlu sidang tergempar bincang jalan keluar selepas PKP
Diterbitkan:  Apr 8, 2020 12:53 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sekali lagi menggesa sidang parlimen tergempar diadakan untuk membincangkan rancangan menamatkan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Beliau berkata sesi yang boleh diadakan atas talian itu penting diadakan segera kerana pandemik Covid-19 bukan sekadar krisis kesihatan tetapi juga ekonomi.

Katanya, sementara menunggu vaksin tersedia, Malaysia perlu membangunkan pelan strategi untuk mengekang wabak itu supaya ekonomi dapat bergerak semula dan rakyat dapat kembali kepada kehidupan normal.

PKP dijadualkan berakhir pada 14 April tetapi masih belum diputuskan sama ada ia akan dilanjutkan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS