Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Senarai kegiatan yang kekal dilarang ketika PKP bersyarat
Diterbitkan:  May 1, 2020 7:29 AM
Dikemaskini: 9:13 AM

Kerajaan memutuskan untuk membuka semula ekonomi bermula 4 Mei tetapi sejumlah kegiatan masih dilarang, atau dikenakan sejumlah syarat, menerusi perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Berikut adalah senarai kegiatan yang kekal dilarang, tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan kerajaan kelak:

1. Hiburan dan riadah

  • Panggung wayang
  • Pusat karaoke
  • Taman tema
  • Muzium
  • Busking
  • Pusat refleksologi
  • Pusat hiburan
  • Kelab malam

2. Perayaan, perarakan dan perhimpunan

  • Perarakan keagamaan
  • Aktiviti agama berjemaah di masjid dan rumah ibadat lain
  • Sambutan hari ulang tahun pasukan keselamatan (perarakan)
  • Sambutan hari raya kecuali dengan keluarga terdekat (perjalanan pulang hari raya akan diumumkan kelak)
  • Majlis perasmian

3. Persidangan dan pameran

  • Pameran kerjaya
  • Pameran perkahwinan
  • Promosi dan pakej pelancongan
  • Karnival jualan
  • Semua jenis persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai

4. Pendidikan

  • Sukan semasa sesi persekolahan
  • Aktiviti kokurikulum bersemuka
  • Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
  • Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih 10 orang

5. Sukan

  • Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong/penonton yang ramai (stadium)
  • Segala aktiviti sukan dalaman (indoor, termasuk gimnasium)
  • Kolam renang
  • Sukan bersentuhan (seperti ragbi, gusti, bola sepak, bola keranjang)

6. Aktiviti sosial

  • Kenduri
  • Majlis perkahwinan, sambutan ulang tahun dan seumpamanya

7. Pengangkutan

  • Kapal persiaran

8. Perniagaan berpremis/penjajaan tanpa premis/pasar berbangunan/pasar tanpa premis/peruncitan/serbaneka makanan dan minuman

  • Bazar Ramadan
  • Bazar hari raya

9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja/hostel/asrama pekerja

  • Terima pelawat
  • Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
  • Solat berjemaah/kegiatan ibadah lain

10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera

  • Menjalankan sektor secara berkumpulan lebih dari 10 orang

11. Kedai pakaian dan aksesori fesyen

  • Aktiviti fitting pakaian

12. Dobi (khusus dobi layan diri)

  • Aktiviti melipat pakaian di premis

13. Ceramah/seminar/kursus/latihan secara bersemuka

14. Aktiviti pensijilan bagi agrikomoditi

15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan

16. Perbankan dan perkhidmatan kewangan

  • Urusniaga mendapatkan jualan di luar premis institusi perbankan atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini

17. Pengurusan perhutanan

  • Ekopelancongan hutan
  • Latihan perhutanan

18. Perlombongan dan kuari

  • Permohonan baru bagi peperiksaan teori dan amali peletupan

19. Perladangan dan pertanian

  • Hari bertemu pelanggan
  • Hari jualan barang bekalan ladang
  • Pesta makan buah-buahan
  • Kursus/seminar
  • Konvokesyen institut pertanian
  • Lelongan jualan produk ternakan

20. Perikanan

  • Pusat taman laut, pameran dan akuarium

21. Seni kreatif

  • Konsert dan program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam

22. Kebudayaan dan kesenian

  • Pameran yang melibatkan interaksi antara pengkarya dan pelawat

23. Pelancongan dan perhotelan

  • Penggunaan kemudahan hotel seperti surau, gimnasium, spa, sauna, lounge, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan, restoran dan kafe (bagi tujuan buffet)

Garis panduan oleh Majlis Keselamatan Negara berhubung pembukaan semula sektor boleh dibaca di sini.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen
ADS