Malaysiakini
BERITA

Tiada kelibat pengerusi SPR ketika pengundian awal PRK Chini

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Jun 2020, 5:37 pagi

Kebiasaannya setiap kali pilihan raya kecil (PRK) diadakan, Datuk Azhar Azizan Harun selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat tinjauan perjalanan PRK tersebut termasuk ketika proses pengundian awal.

Namun, suasana berbeza ketika pengundian awal bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang diadakan di Balai Polis Chini dekat Pekan hari ini, apabila tiada kelibat Pengerusi SPR yang mesra media dan sentiasa bersedia menjawab apa juga soalan yang dikemukakan kepadanya.

Sejak pusat pengundian awal dibuka pada 8 pagi hingga proses pengundian awal berakhir 12 tengah hari, kelibat figura penting perjalanan pilihan raya negara itu langsung tidak kelihatan.

Kehadiran Azhar Azizan menjadi tumpuan media berikutan desas-desus bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencalonkan beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof.

Azhar Azizan dikatakan telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi SPR semalam.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.