Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mokhtar Senik lapor polis
Diterbitkan:  Jun 30, 2020 4:44 PM
Dikemaskini: 9:02 AM

Anggota jawatankuasa pusat PAS Mokhtar Senik membuat laporan polis hari ini. 

Beliau tidak menyebut secara khusus sebab laporan itu dibuat.

Bagaimanapun, minggu lepas ulama PAS itu mendakwa terdapat pihak menyalah guna nombor telefonnya.

“Alhamdulillah saya dah buat report.

“Selepas ini saya serah kepada Allah dan lawyer. Tiada apa-apa ulasan selepas ini.

“Tunggu sahaja di mahkamah,” menurut status di Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik gambarnya dengan laporan polis itu bersama pihak yang mengiringinya.

Setakat ini tidak jelas di mana dan masa tepat laporan polis itu dibuat.

Mokhtar pada 24 Jun lalu berkata beliau terpaksa menyekat dan beralih ke nombor baru setelah nombor telefon lama didakwa disalah guna.

Mokhtar sejak minggu lalu berdepan serangan di Internet, khususnya oleh seorang pengguna yang menggunakan nama Alexander Pittsuwan Thomprason.

Alexander Pittsuwan Thomprason

Malaysiakini tidak melaporkan dakwaan terperinci berkaitan Mokhtar sementara menunggu maklum balasnya.

Portal ini telah berusaha menghubunginya sejak minggu lalu, termasuk melalui media sosial.

Sementara itu, Alexander berkata dia mengalu-alukan perkara itu.

“Kalau betul dah pasang lawyer dan dah plan (rancang) nak saman saya, baguslah.

“Pasal di dalam mahkamah, kedua-dua pihak termasuk diri saya tak boleh bohong dan sembunyikan apa-apa maklumat dan bahan bukti.

Bring it on (cubalah),” kata lelaki 40-an itu.

Lihat Komen
ADS