Malaysiakini
BERITA

BN, PAS 'beza pendapat' calon KM Sabah

Kow Gah Chie

Diterbitkan
Dikemaskini 15 Sep 2020, 3:59 petang

PRN SABAH | BN dan PAS kelihatan berbeza pendapat mengenai calon ketua menteri Sabah sekiranya gabungan pembangkang negeri itu memenangi pilihan raya.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu menyerahkan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memutuskan ketua menteri seterusnya manakala Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mahu pihak yang menang PRN memutuskan hal itu.

Ini meskipun kedua-dua pemimpin Muafakat Nasional itu hadir sepentas berceramah di Putatan untuk kempen calon BN.

"Tunggu lepas PRN, lepas (itu) Kita serah kepada PM.

"Kita tak bertanding, kami serah kepada siapa yang bertanding," kata Tuan Ibrahim sebelum bergegas ke satu majlis lain pula.

Tuan Ibrahim, yang juga menteri alam sekitar dan air berkata demikian ketika ditanya mengenai calon ketua menteri pilihan PAS sama ada Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin atau Ketua Bersatu Sabah Hajiji Noor.

Bagaimanapun, pengerusi BN pula seakan memberi maklum balas terhadap kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Mohamed Azmin Ali mengenai Hajiji layak menjadi calon ketua menteri.

Terdahulu, Azmin yang juga menteri kanan itu berkata rakyat Sabah memerlukan pemimpin yang dihormati untuk menjadi ketua menteri dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah ketua Bersatu Sabah itu.

Sebaliknya, Zahid berkata hanya pihak yang menang majoriti kerusi layak untuk menjadi ketua menteri.

"Jangan main isu sensitif, BN kita ada PBRS, MCA rakan lain seperti Bersatu dan parti lain termasuk PN.

"BN memutuskan jangan cakap siapa jadi calon ketua menteri, kita bagi menang dulu. Sudah menang sekurang-kurangnya 73 DUN yang menang, kalau nasib baik, kita berunding di kalangan Adun, masa itu baru pilih ketua menteri.

"Ingat, kerusi paling banyak yang layak pilih ketua menteri," tegas beliau.

Muhyiddin Yassin pada 12 September lalu menawarkan Hajiji sebagai calon ketua menteri Sabah jika pembangkang negeri menang pilihan raya.

Walau bagaimanapun, kata perdana menteri, bahawa keputusan itu perlu dipersetujui daripada sekutu-sekutu Bersatu.

Selanjutnya, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan BN dan rakan kongsinya akan memutuskan ketua menteri Sabah jika mereka berjaya menawan negeri itu.

“Ketua menteri Sabah hanya akan dipilih oleh Adun BN dan rakan kongsi politik apabila cukup bilangan kerusi bagi pembentukan kerajaan negeri yang baru,” katanya.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.