Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 9.30pm | Lokasi terkini kes Covid-19 (10 Oktober)

Senarai lokasi sebelum ini: 8 Okt, 9 Okt

Lokasi terkini: Maybank Sri Damansara, Taman Puterajaya, Sekolah Antarabangsa Sri Sempurna.

Berikut adalah lokasi yang telah disahkan mempunyai kes Covid-19 hari ini.

Bagaimanapun senarai ini tidak termasuk lokasi yang telah ditutup sementara bagi menunggu keputusan ujian swab terhadap individu dalam siasatan (PUI).

Proses pembersihan telah dibuat di lokasi-lokasi ini.

Malaysiakini akan terus mengemaskini senarai ini apabila lebih banyak lokasi diumumkan nanti.

Jika anda ada maklumat berkenaan lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, boleh emel kepada [email protected].

Bagi lokasi yang mempunyai kes Covid-19 dalam 30 hari terakhir, boleh kunjungi laman penjejak Covid-19 oleh Kini News Lab.

https://newslab.malaysiakini.com/covid-19/my

Pusat Beli Belah dan akses kemudahan awam

  • Pusat Beli Belah 1Utama

Lokasi ini telah dimaklumkan semalam tetapi dinyatakan kembali hari ini selepas mendapat maklumat terdapat lagi kes positif Covid-19 dikesan.

Sebelum ini, dilaporkan pada Okt 5 terdapat pekerja di Mac City telah dijangkiti Covid-19 dan satu lagi pekerja di Parkson Elite pada 8 Okt.

Pegawai daerah Petaling, Johary Anuar merangkap pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana daerah Petaling, hari ini memaklumkan terdapat dua lagi kes yang melibatkan seorang pekerja dan pengunjung.

Pusat beli belah itu diarahkan untuk ditutup esok (11 Okt) dan ujian saringan terhadap kontak rapat akan dilakukan pada 14 dan 15 Okt.

  • Maybank Sri Damansara

Oriental Daily melaporkan Maybank cawangan Sri Damansara ditutup sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak untuk membolehkan proses nyah kuman dijalankan. 

Satu notis yang dikeluarkan memberitahu ada kemungkinan premis itu terdedah kepada satu kes membabitkan "orang luas".

Resort

  • Tropicana Golf Club & Country Resort, Petaling Jaya

Pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana daerah Petaling mengesahkan terdapat lima kes positif Covid-19 di premis tersebut, kesemuanya merupakan pekerja.

Resort tersebut diarahkan tutup bermula esok (Okt 11).

Ini bagi menjalani proses saringan kontak rapat dan proses sanitasi.

Tempat Ibadat

  • Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat, Negeri Sembilan

Masjid tersebut ditutup semalam bagi proses sanitasi.

Ini selepas terdapat maklumat bahawa individu yang menghadiri solat Jumaat pada 2 Okt lalu positif Covid-19.

Pengerusi masjid Najib Nubhan Khairuddin mengesahkan perkara tersebut kepada portal Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, masjid tersebut masih dibuka hari ini.

Petempatan

  • Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur

Satu lagi kes positif Covid-19 dikesan di Jalan AU2A. Pada 8 Okt lalu satu kes positif dilaporkan di kawasan berkenaan.

Adun Hulu Kelang Saari Sungib mengesahkan terdapat individu dikesan positif Covid-19 di kawasan lain di Jalan AU2A. 

Individu berkenaan telah dimasukkan ke hospital.

  • Kondominium Riana Green East, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Blok D disahkan positif Covid-19 pada 10 Okt, kata pengurusan petempatan itu dalam satu notis dikeluarkan hari ini.

Menurut notis itu, individu terbabit bukannya dijangkiti dalam kawasan bangunan terbabit.

Kerja-kerja nyah kuman akan dijalankan termasuk di unit kediaman yang terbabit.

  • Istana Negeri Sabah, Kota Kinabalu

Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin dan beberapa orang lagi yang mempunyai kontak dengan Ketua Menteri Hajiji Mohd Noor semasa majlis angkat sumpah pada 29 Sept kini dikuarantin.

Hajiji disahkah positif semalam, iaitu sembilan hari selepas dia mengangkat sumpah jawatan.

Bagaimanapun Juhar diuji negetis dan dibenarkan keluar dari kuarantin.

Hospital

  • Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu

Seorang jururawat diuji positif Covid-19, manakala sebahagian kakitangan lain di unit rawatan rapi (ICU) menjalani kuarantin, kata Menteri Kesihatan Adham Baba kepada Malaysiakini.

Jururawat itu dipercayai dijangkiti di luar hospital sebelum kembali bekerja. Hospital berkenaan bukan hospital khusus merawat Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat senarai semalam di sini.


Lihat Komen
ADS