Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Senarai lokasi terkini kes Covid-19 (13 Okt)
Diterbitkan:  Oct 13, 2020 4:43 PM
Dikemaskini: 8:43 AM
  • Senarai lepas: 8 Okt, 9 Okt, 10 Okt, 11 Okt dan 12 Okt.
  • Lokasi terkini: Kumon, Putra Heights; Bayu Tasik Condominium; Public Bank Kota Damansara.

Berikut adalah lokasi yang dilaporkan terjejas akibat Covid-19 hari ini dan telah disahkan.

Bagaimanapun, senarai ini tidak termasuk lokasi yang ditutup sementara menunggu keputusan ujian individu dalam siasatan.

Lokasi-lokasi ini juga telah disanitasi.

Malaysiakini akan mengemas kini senarai ini sekiranya ada lokasi baru diumumkan.

Sekiranya anda mengetahui lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 30 hari sebelum ini, sila lawati laman penjejak Covid-19 yang dibangunkan Kini News Lab.

Kawasan kediaman

  • Bayu Tasik Condominium, Kuala Lumpur

Seorang penduduk didapati positif dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan pada 12 Okt, kata pihak pengurusan kondominium berkenaan dalam notis kepada penduduk.

Premis kerajaan

  • Ibu pejabat polis daerah Cheras

Sekurang-kurangnya 10 anggota polis yang bertugas di ibu pejabat polis daerah Cheras disahkan positif Covid-19 setakat ini, menurut maklumat yang diperoleh dari Pejabat Kesihatan Cheras.

Difahamkan, kes-kes tersebut dikesan melalui aktiviti penjejakan kontak selepas seorang anggota polis dikesan positif sebelum ini.

Pejabat kesihatan juga memaklumkan semua mereka yang diuji positif telah diasingkan, dan kerja-kerja nyahcemar telah dilakukan di bangunan tersebut.

Ibu pejabat polis berkenaan masih dibuka kepada orang ramai, tetapi orang awam yang mempunyai urusan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Sekolah dan institusi pengajian

  • Kumon, Putra Heights

Seorang pelajar didapati positif pada 9 Okt setelah mempunyai kontak dengan ahli keluarga yang dijangkiti, kata pihak pengurusan kepada Malaysiakini.

Kali terakhir pelajar itu berada di sekolah berkenaan adalah pada 5 Okt.

Pusat ini ditutup mulai 9 Oktober kerana kerja-kerja sanitasi dan pembelajaran dilakukan secara dalam talian.

Perniagaan

  • Public Bank Kota Damansara

Seorang pekerja Public Bank yang bertugas di Cawangan Kota Damansara didapati positif Covid-19 semalam, menurut kenyataan bank itu di laman webnya.

Dikatakan bahawa kakitangan tersebut dilaporkan tidak bekerja sejak 7 Okt dan semua pekerja lain yang mempunyai kontak rapat diarah menjalani kuarantin di rumah.

Cawangan ini ditutup buat sementara waktu bagi kerja-kerja sanitasi.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS