Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Polis minta senarai, saya kata itu urusan saya dan Agong'

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata bahawa pihak polis yang menyoal siasatnya selama dua jam hari ini turut memintanya mengemukakan nama-nama ahli parlimen yang menyokongnya dalam pembentukan sebuah kerajaan baru.

Bagaimanapun, anggota parlimen Port Dickson itu berkata, dia menjawap urusan tersebut hanya melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan bukan di bawah bidang kuasa polis.

“Saya dah ditemubual ada enam kes terhadap saya umumnya menjurus kepada mereka memohon supaya nama-nama ahli parlimen sokong saya diberikan.

“Saya berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam semua siasatan ini.

“[...] dan saya beritahu urusan setakat ini untuk persembahkan kepada Agong bukan urusan pihak polis dan pihak politik kementerian dalam negeri yang arahkan polis untuk mengetahui nama-nama,” katanya.

Anwar ditemui selepas memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua pembangkang itu hadir di ibu pejabat polis pada jam 3 petang dan selesai memberi keterangan pada jam 5 petang.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed mengesahkan Anwar diminta untuk hadir memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Katanya. siasatan kes telah dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selasa lalu, Anwar mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi mengemukakan bukti sahih sokonga kukuh ahli Parlimen terhadapnya.

Anwar juga dalam sidang media kemudian mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin telah jatuh.

Sejurus sidang media Anwar, Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengesahkan yang ketua pembangkang itu mengemukakan jumlah sokongan diterimanya, tetapi tidak mengemukakan senarai nama ahli parlimen yang menyokongnya.

Spekulasi kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin bakal tumbang semakin mempunyai asas apabila Biro Politik Umno pada lewat petang Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan berkenaan.


Lihat Komen
ADS