Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS sanggah laporan 90 ‘MP’ gesa parlimen Malaysia bersidang
Diterbitkan:  Feb 17, 2021 6:40 PM
Dikemaskini: Feb 18, 2021 4:51 AM

PAS menyanggah laporan berkaitan gesaan 90 ‘anggota parlimen’ daripada tujuh negara supaya parlimen Malaysia kembali bersidang.

“Bilangan 90 ahli parlimen yang disebutkan adalah salah kerana 25 daripada mereka yang menandatanganinya bukanlah ahli parlimen tetapi merupakan mantan ahli parlimen,” kata Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan Malaysiakini berkaitan perkara itu semalam.

Memetik Kamaruzaman, Harakahdaily juga melaporkan kenyataan itu juga tidak mewakili pendapat kerajaan negara-negara tersebut tetapi “sekadar mewakili pendapat ahli parlimen pembangkang mereka”.

Memetik kenyataan bersama semalam, portal ini melaporkan 90 ahli parlimen daripada tujuh negara menggesa Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri membenarkan parlimen bersidang tanpa sekatan secepat mungkin.

Mereka berkata persidangan parlimen penting untuk memastikan kebertanggungjawaban kerajaan, menilai langkah darurat, melindungi hak asasi, dan menyumbang ke arah proses membuat keputusan berkenaan dasar utama.

Mereka turut menyuarakan kebimbangan berhubung kuasa tambahan kepada angkatan tentera ketika tempoh darurat untuk menangkap warga asing tanpa dokumen di sempadan negara.

Kenyataan itu ditandatangani ahli Parlimen daripada Thailand, Indonesia, Timor Leste, Kemboja, Filipina dan Singapura.

Susulan proklamasi darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bulan lalu, atas dasar melawan penularan wabak Covid-19 yang kian meningkat, sidang parlimen dan DUN digantung sehingga Ogos ini.

Lihat Komen
ADS