Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shahidan Kassim dilantik pengerusi PR1MA sejak 23 Okt 2020
Diterbitkan:  Mar 11, 2021 11:27 AM
Dikemaskini: 3:27 AM

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menjelaskan pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi perbadanan itu berkuat kuasa pada 23 Okt 2020.

PR1MA dalam satu kenyataan malam semalam  memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Arau itu telah dilantik secara rasmi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula pada tarikh tersebut.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai pengerusi PR1MA ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat PR1MA di Petaling Jaya semalam.

Pada majlis tersebut, Zuraida turut mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai Pengerusi Perbadanan Perumahan Malaysia berkuat kuasa semalam (9 Mac).

- Bernama

Lihat Komen
ADS