Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Undi 18: Pemuda PH ajak demo depan parlimen esok
Diterbitkan:  Mar 26, 2021 12:31 PM
Dikemaskini: 5:53 AM

  • Dikemas kini dengan laporan penuh dan kenyataan ketua Pemuda DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin menyeru protes aman digerakkan di depan parlimen esok bagi membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.

“Bermula jam dua petang, himpunan dengan kepatuhan SOP yang ketat ini diharapkan mampu menjadi satu suara kukuh seluruh perkumpulan anak muda untuk berjuang menuntut hak yang cuba digagalkan petualang dan #PNipu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shazni yang juga ketua Pemuda Amanah menyifatkan alasan SPR untuk menangguhkan pelaksanaan Undi 18 “gema” kepada penolakan yang dipertua Dewan Negara.

Dia berkata alasan diberikan tidak logik dan menafikan hak jutaan anak muda untuk mengundi.

SPR semalam memaklumkan akan menangguhkan Undi 18 kepada September tahun depan, meskipun menteri undang-undang Takiyuddin Hassan sebelum ini pernah mengatakan ia dijangka dilaksanakan pada Julai.

SPR berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) mempengaruhi perancangan dan persiapan untuk menurunkan usia minimum pengundi.

Jangan lacurkan maruah parlimen - Sheikh Umar

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali memberi amaran kepada kerajaan PN agar tidak “melacurkan” maruah Parlimen Malaysia.

"Apakah parlimen sudah mula hilang fungsi bawah pentadbiran kerajaan PN?” sola ketua Pemuda DAP Johor itu.

Lihat Komen
ADS