Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Chin Tong jawab bos LTAT: Buat kapal bukan pasang Lego
Diterbitkan:  Aug 10, 2022 11:26 AM
Dikemaskini: 11:28 AM

Liew Chin Tong berkata dia terkejut dengan jawapan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Ahmad Nazim Abdul Rahman berkaitan perolehan kapal kapal tempur pesisir (LCS).

Bekas timbalan menteri pertahanan itu menolak penjelasan Nazim bahawa pembinaan fizikal kapal sedang berlangsung kerana badannya dapat dilihat “kalau naik bot ke Pangkor”.

“Aspek yang paling penting untuk sebuah kapal adalah reka bentuk. Apa gunanya ada rangka atau badan kapal yang besar tanpa pendawaian, senjata dan peralatan?

“Malangnya, detailed design LCS yang patut disiapkan pada November 2016 tetap kekal di tahap lebih kurang 80 peratus pada tahun 2022. 

“Pembinaan kapal perang bukan seperti membuat kapal Lego,” kata timbalan setiausaha agung DAP.


Baca: Bos LTAT: Boustead terpaksa guna wang LCS bayar hutang lapuk


Dalam kenyataan hari ini, Liew berkata kapal sebesar LCS mempunyai sistem pendawaian dan paip yang panjang sekurang-kurangnya 300 kilometer. 

“Pembinaan kapal perang bukan sahaja hull (badan) yang boleh dinampak dari laut berhampiran Pulau Pangkor,” katanya,

Sementara itu, mengulas itu pembelian peralatan pembinaan secara pukal, Liew menyifatkan teori berkaitan perkara itu sebagai “penipuan”.

Memetik prosiding pada 1 Disember 2020, dia berkata bekas ketua audit negara Ambrin Buang memaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa pada keadaan biasa rekaan patut dimuktamadkan sebelum kontrak ditandatangani.

“Ini bukan main Lego, boleh pasang dan buka suka hati,” katanya.

Liew juga berkata 15 peratus daripada peralatan yang dibeli secara pukal itu telah lapuk dan menyebabkan pembaziran yang terlampau besar.

Lihat Komen
ADS