Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS arah jentera parti sedia hadapi PRU15
Diterbitkan:  Oct 1, 2022 10:00 AM
Dikemaskini: 2:00 AM

PAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi, kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan.

"Sehubungan dengan itu juga semua pemimpin dan Ahli PAS dikehendaki menjaga serta mematuhi tanzim dan disiplin Parti dengan menerima segala ketetapan dan keputusan yang dibuat terutama oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atas dasar wala’ dan taat yang tidak berbelah bahagi.

"Sebarang kenyataan media tidak boleh dibuat melainkan dengan kebenaran Presiden PAS (Abdul hadi Aswang) bagi mengelakkan timbulnya suasana yang boleh merugikan perancangan dan perjuangan parti khususnya dalam menghadapi PRU15," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Semalam, MKT Umno memutuskan "pembubaran parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada tahun ini juga."

"Berdasarkan keputusan (Umno) ini, Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan," umum Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, DAP hari ini membidas kenyataan MKT Umno itu, mendakwa ia membelakangkan kuasa budi bicara Yang Di-Pertuan Agong dalam soal pembubaran parlimen.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara bahawa kenyataan terbuka berkenaan pembubaran parlimen dikeluarkan sebelum pun perdana menteri menghadap untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Bukankah ini satu tindakan derhaka terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong," soal Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Lihat Komen
ADS