Wakil PH gesa KM pertimbang semula mahu Melaka sifar pembangkang
Adun Ayer Keroh Kerk Chee Yee menggesa Ketua Menteri Melaka yang baru dilantik Ab Rauf Yusoh supaya mempertimbangkan semula cadangannya yang mensasarkan sifar pembangkang di Melaka sebelum Enakmen Anti Lompat Parti diluluskan di negeri itu.
Menulis di Facebook, Kerk berkata Melaka pernah menderita di akibat “katak politik ini” dan undang-undang anti-lompat parti di peringkat persekutuan diluluskan di parlimen tahun lepas untuk menamatkan tindakan sedemikian.
“Undang-undang anti lompat parti bukan bermakna hanya memupuk kestabilan politik, tetapi memulihkan keyakinan rakyat terhadap integriti setiap wakil rakyat yang dipilih.
“Walaupun Melaka belum meluluskan undang-undang anti lompat parti versi negeri secara rasmi, namun semangat menegakkan keputusan yang dibuat di parlimen dan pelbagai negeri lain harus dipatuhi oleh kerajaan dan pemimpin politik.
"Saya sangat berharap ketua menteri Melaka akan memikirkan semula cadangan itu," kata Kerk.
Setakat ini, hanya tujuh negeri yang telah menguatkuasakan undang-undang lompat parti iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak.
Malam tadi, Ab Rauf dilaporkan menyatakan harapan untuk mempunyai sifar pembangkang di negeri itu.
"Saya berharap daripada 28 kerusi di dalam DUN, kita dah ada lebih 26 kerusi Adun kerajaan. Kita (BN) menang 21 kerusi, lima daripada blok PH iaitu empat DAP, satu Amanah.
"Jadi saya berharap dua Adun PN berkenaan, kalau ada hasrat untuk menyertai kerajaan perpaduan, kita sudi menerimanya,.
"Saya adalah orang yang paling gembira kerana Melaka bakal muncul negeri pertama zero (sifar) pembangkang," katanya yang dipetik oleh Bernama.

BN mencatatkan kemenangan besar pada pilihan raya negeri Melaka 2021, yang menyaksikan gabungan itu memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN.
Barisan terbaru 10 exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah selepas Ab Rauf mengambil alih jawatan ketua menteri baru-baru ini daripada Adun Lendu, Sulaiman Md Ali turut termasuk Adun DAP/PH yang mewakili Kesidang, iaitu Seah Shoo Chin.
Setkat ini, dua Adun pembangkang dari PN adalah Dr Yadzil Yaakub (Bemban) dan Dr Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang).
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/05/d9b2e2fbcd88e535a9c3d99cf0134842.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/05/932991c5c214de1a7fb04862eb5a8a8b.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/03/2f9a55113e0114504b7c80bac2c5ab1d.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/04/99f77e361bd2865cdf80ea59a9372c33.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/03/5c8b321383988cb0849ab6bdadbba7c4.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/04/7a1213834e8d38b8d710a14efb962eb9.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/03/31a2dd4aa92a74d6f9769f32176219d2.jpg)