Serangan di rumah Ngeh: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis merekodkan keterangan daripada tujuh individu dalam siasatan berhubung kebakaran yang berlaku di rumah Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham pada awal pagi semalam.
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri bagaimanapun berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian itu.

"Setakat ini seramai tujuh orang sudah diambil keterangan namun tiada lagi tangkapan dibuat.
"Polis juga akan terus memantau dan mempertingkatkan lagi rondaan," katanya, seperti dipetik Sinar Harian.
Yusri juga berkata polis juga sedang menunggu keputusan daripada 11 sampel yang diambil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 2.50 pagi itu tetapi tiga kereta rosak, termasuk Mercedes E300, yang hampir rentung sepenuhnya.
Turut terbakar sebahagiannya ialah Honda CRV, dan Toyota Hilux, serta bumbung anjung rumah.

Susulan kejadian itu, Ngeh berkata dia memaafkan pihak yang didakwa melakukan tindakan khianat itu, tetapi turut menyalahkan komponen Perikatan Nasional (PN), PAS dan Bersatu kerana menurutnya mengapi-apikan kebencian terhadapnya.
Pelbagai pihak termasuk daripada PN mengecam kejadian tersebut.
Bagaimanapun, pemimpin PAS dan Bersatu membidas Ngeh yang mengaitkan mereka berhubung kejadian itu.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/01/5885702956384f55ed2cc64de0d0dc41.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/01/5885702956384f55ed2cc64de0d0dc41.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/11/ad0464da368c458a7883f8456a0a48f5.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/09/83151fc43105733eeb21d06ed458a741.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/01/2e50d0f2bb121f66b429acbdf6d211ee.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/04/27e7f587280eca223ef8f2db4061e439.jpg)