Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Trump pecat peguam negara Amerika Syarikat
Diterbitkan:  Apr 3, 2026 12:15 PM
Dikemaskini: 4:29 AM

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memecat peguam negara Pam Bondi.

Kekosongan itu akan dipangku sementara oleh timbalannya Todd Blanche.

Memuji khidmatnya dan tidak memberikan alasan khusus, Trump berkata Bondi akan “beralih ke tugas baru yang sangat diperlukan dan penting dalam sektor swasta," 

"Pam Bondi adalah patriot Amerika yang hebat dan rakan yang setia, yang berkhidmat dengan penuh amanah sebagai peguam negara saya sepanjang tahun lalu. 

“Pam melakukan tugas yang luar biasa menyelia tindakan keras terhadap jenayah di seluruh negara, dengan kes pembunuhan menjunam ke tahap terendah sejak 1900," tulis Trump di media sosial.

Memetik sumber, media AS bagaimanapun melaporkan dia kecewa dengan Bondi dalam pelbagai aspek, termasuk pengendalian fail Jeffrey Epstein yang dia didakwa tidak menyiasat musuh politik Trump. 

Bulan lalu, Trump memecat Kristi Noem sebagai setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

CNN telah menghubungi Jabatan Kehakiman untuk mendapatkan ulasan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS