Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kempen 'rehat daripada isteri', lebih 30,000 jadi sukarelawan tentera Thai
Diterbitkan:  Apr 8, 2026 3:45 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Tentera Thailand merekrut lebih 30,000 sukarelawan pada kemasukan awal tahun ini, hasil kejayaan kempen media sosial yang menggesa lelaki untuk “berehat” daripada isteri mereka, lapor Sputnik/RIA Novosti selepas menganalisis data perintah tentera dan usaha unit perhubungan awam (PR).

"Pada permulaan kempen kerahan tenaga, tentera darat menerima lebih 30,000 permohonan dalam talian daripada sukarelawan, mencapai kadar pemenuhan 105 peratus buat kali pertama dalam kempen pengambilan sukarela dalam talian," menurut Tentera Diraja Thai.

Ia mencatat rekod sebagai bilangan sukarelawan tertinggi yang memohon secara dalam talian.

"Sertai pasukan tentera darat! Pada hari pendaftaran, gaji peribadi anda untuk bulan pertama perkhidmatan – 8,000 baht (AS$246) – akan dipindahkan ke akaun ibu anda! Gaji tinggi, makanan percuma dan penginapan berek menanti anda!" menurut salah satu iklan kempen. 

"Bosan dengan isteri anda? Tiada tempat yang lebih baik untuk menjauhinya selain kem tentera!" demikian satu lagi mesej kempen. 

Pihak kempen juga menyentuh pengalaman selepas putus cinta, mencadangkan (kem) tentera ialah tempat yang sesuai untuk melupakan bekas kekasih.

"Berpisah dengan teman wanita anda? Masih merinduinya? Sertai rakan-rakan baru di kem latihan tentera. Anda akan berlari dan menyegarkan badan sehingga awak akan melupakannya dalam masa yang singkat semasa latihan!" salah satu iklan menguar-uarkan. 

Tentera udara dan tentera laut Thailand turut tidak ketinggalan. 

"Sertai Tentera Laut! Sekurang-kurangnya anda akan belajar berenang!" seru perintah Tentera Laut.

Kempen promosi tentera Thailand bukan sahaja tular di media sosial malah mencetuskan gelombang jenaka dan parodi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS