Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PN sedia kerjasama dengan BN, wakil Umno datang terima surat
2

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan sedia bekerjasama dengan BN.

Kelima-lima Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PN di Negeri Sembilan mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Seremban sebentar tadi.

PN mempunyai tiga Adun daripada PAS iaitu Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Paroi), Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang) dan Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting).

Sementara dua lagi Adun Bersatu ialah Mohamad Hanifah Abu Baker (Labu) Ridzuan Ahmad (Gemas).

Mohamad Hanifah Abu Baker

Mohd Hanifah yang juga ketua pembangkang berkata tindakan mereka itu bagi menjamin kestabilan kerajaan negeri susulan “krisis kepimpinan” yang didakwa melanda.

“Ia bagi membangunkan Negeri Sembilan serta menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya dalam sidang media ringkas.

Pendirian itu dinyatakan tidak lama selepas BN mengumumkan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Aminuddin Harun.

Jika BN menerimanya, mereka mempunyai jumlah cukup bagi membentuk kerajaan baru, atau sekurang-kurangnya menukar menteri besar.

BN mempunyai 14 kerusi DUN berbanding 17 di pihak PH, selain lima milik Perikatan Nasional (PN). 

Kerajaan boleh tumbang jika BN membentuk pakatan bersama PN.

Sementara itu, mereka juga menyatakan kesediaan bekerjasama itu melalui surat rasmi yang disampaikan secara serahan tangan kepada setiausaha Umno negeri Mustapha Nagoor dalam majlis sama.

Antara petugas media yang hadir

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
2
ADS