Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Weah tekad mahu 'jaringkan gol' lepas jadi presiden
Diterbitkan:  Jul 31, 2018 12:22 PM
Dikemaskini: 4:29 AM

Bagaimana George Weah - sebagai seorang presiden - menguruskan Liberia? Jawabnya: dia memanfaatkan ilmu bola sepak yang dipelajarinya di meja pengurusan.

Dikenali dengan langkahnya memotong gaji sendiri supaya kantung negara dapat dikurangkan bebannya, kini dia berikrar untuk memperbaiki kemudahan infrastruktur di Liberia.

Menjadi jambatan antara rakyat dan negara - itu slogan terbaru bekas pemain terbaik dunia pada 1995 itu. Langkah pertamanya ialah menyediakan jalan raya yang baik buat semua wilayah di negara itu.

Tindakan itu dibuat sebagai pelan serampang dua mata. Selain mengurangkan kesukaran penduduk untuk bergerak, rangkaian jalan raya yang baik juga secara tidak langsung akan menyuburkan ekonomi negara.

"Anda semua tahu latar belakang saya ialah pemain bola sepak.

"Sebagai pemain kami ada satu peraturan penting, iaitu apabila diberi peluang beraksi, kami mesti menunjukkan prestasi terbaik. Jika tidak, kami akan dikeluarkan.

"Saya dulu berada di luar padang tetapi sekarang anda membawa saya bermain. Jadi saya perlu menjaringkan gol untuk memastikan kita menang," katanya memberikan contoh.

Tak suka Redlight

Weah, 51, secara rasmi menjadi presiden ke-25 Liberia pada 22 Jan lalu dan ia melakar secara sebagai peralihan kuasa secara demokratik buat kali pertama di negara tersebut sejak 74 tahun lalu.

Antara fokus utama Weah ialah memerangi rasuah, memperbaiki ekonomi dan membasmi buta huruf di kalangan lebih 4.6 juta rakyatnya.

Pada Mac lalu dia menubuhkan skuad khas bagi memburu kakitangan awam yang disyaki khianat, pecah amanah atau menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Kata Weah sekarang adalah waktu untuknya melaksanakan ikrar menjadi penghubung antara rakyat dan negara.

"Saya masih berpegang kepada janji itu," katanya sempena majlis pecah tanah projek penyambungan jalan di Redlight, Paynesville yang terletak di timur Monvoria.


Baca Wenger saran kisah hidup Weah difilemkan


Sementara itu Weah juga menyatakan rasa kurang senang dengan nama daerah itu yang tidak melambangkan kedudukannya sebagai hab perdagangan Liberia.

Katanya nama Redlight mesti diubah supaya menunjukkan imej sebenar kawasan terbabit.

"Negara ini lahir lama sebelum saya. Ia sudah wujud sejak 171 tahun lalu.

"Justeru saya tidak mahu ada sebarang masalah. Masyarakat antarabangsa sudah datang ke sini sejak lama dulu dan saya tak mahu ada masalah," katanya.

Lihat Komen
ADS