Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Ekosistem Bangunan Digital (13/13): Kecekapan dengan Sistem Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec
Diterbitkan:  Jun 30, 2021 2:15 AM
Dikemaskini: 2:15 AM

"Dua tahun lalu pengurus penjualan saya pernah berkongsi kisah ini. Ketika beliau berjumpa dengan pemilik perniagaan syarikat pengurusan hartanah di Johor untuk mempromosikan Sistem Komuniti Pintar iNeighbour untuk hartanah kediaman, dia secara ringkasnya telah juga memperkenalkan sistem kehadiran masa berasaskan teknologi cloud kami yang boleh digunakan untuk memantau kakitangan yang sering bekerja di lapangan. Pemilik perniagaan tersebut memberitahu beliau, 'Sudah bertahun-tahun kami menghadapi masalah menguruskan kehadiran tukang cuci dan pekerja lapangan, dan sistem beginilah yang kami mahukan secepat mungkin. iNeighbour memang menarik, tetapi boleh datang kemudian.' Dan beliau berkeras untuk menerapkannya pada minggu berikutnya, beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina.

"Dan dua bulan kemudiannya, dia dengan senang hati memberitahu kami yang dua pegawainya berhenti. Kami bertanyanya mengapa. Menurut beliau sistem kami telah mendedahkan sikap mereka yang tidak berdisiplin dengan masa, dan mereka tiada jalan untuk menutupi perbuatan mereka lagi. " Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec menceritakan bagaimana Sistem Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec dapat membantu menguruskan kakitangan, terutama di dalam industri pengurusan hartanah.

"Untuk menyelenggara bangunan, syarikat pengurusan fasiliti perlu mengambil pekerja yang cekap untuk menyediakan perkhidmatan termasuk pengurusan fasiliti bersepadu, perkhidmatan layanan dan pembersihan, operasi dan penyelenggaraan fasiliti, bahkan menjalankan audit fasiliti; oleh itu sistem pengurusan tenaga kerja adalah penting. "

"Beberapa syarikat pengurusan hartanah atau kemudahan fasiliti telah berlanggan dengan Sistem Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec untuk menguruskan kakitangan lapangan mereka yang dihantar ke bangunan yang berlainan di bawah portfolio mereka untuk tugas harian. Butiran kehadiran pekerja yang dirakam samada dengan peranti biometrik yang akan menolak data ke pelayan, atau dengan menggunakan sistem kehadiran di telefon pintar yang merakam lokasi GPS, dan di dalam masa nyata dapat membuktikan kepada Badan Pengurusan Bersama dan dalam masa yang sama memberitahu penyelia atau pengurus hartanah."

Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec

“Ada masanya, syarikat pengurusan hartanah memerlukan sistem pengurusan tenaga kerja yang meliputi kawalan akses dengan menggunakan telefon pintar. Sebagai contoh, tukang cuci boleh membuka kunci pintar untuk mengakses bilik fasiliti untuk kerja -kerja pembersihan."

TimeTec Workforce Management Suite menawarkan sistem masa dan kehadiran, pengurusan cuti dan pengurusan tuntutan, dan untuk kakitangan lapangan, melapor kehadiran melalui GPS dari satu tempat ke tempat lain mengotomasi proses tuntutan perjalanan dengan jujur.

Pengurusan hartanah adalah salah satu industri yang sesuai untuk menggunakan Sistem Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec untuk menguruskan kakitangan atau kakitangan kontrak mereka. Sebenarnya, kami mempunyai pelanggan dari pelbagai industri seperti pembinaan, logistik, pembuatan, peruncit, restoran, sektor kerajaan, minyak & gas, dll.

Perbincangan Sistem Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec telah diterbitkan di Malaysiakini dalam 6 siri bermula 24-2-2021 sehingga 31-3-2021, pembaca boleh mendapatkan pautannya di sini:

  1. Sistem Tenaga Kerja TimeTec (Siri 1 - 6) - Daripada tugasan sumber manusia ke operasi untuk semua

  2. Sistem Tenaga Kerja TimeTec (Siri 2 - 6) - Memantau kehadiran pekerja kilang dengan berkesan

  3. Sistem Tenaga Kerja TimeTec (Siri 3 - 6) - Mohon Cuti Kerja melalui Aplikasi Sebagai Norma Baharu

  4. Sistem Tenaga Kerja TimeTec (Siri 4 - 6): Sistem Pengambilan Pekerja Cloud memastikan calon berkualiti

  5. Sistem Tenaga Kerja TimeTec (Siri 5 - 6) - Menguruskan tuntutan dengan mudah melalui aplikasi pintar

  6. Sistem Tenaga Kerja TimeTec (Siri 6 -6): Profil Pekerja Layan Diri

Untuk maklumat lanjut mengenai Sistem Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec dan Ekosistem Bangunan Digital TimeTec, sila hubungi Puan Tamy Phoon, AVP, Penjualan dan Pemasaran di [email protected] (012-2901019) atau Encik Aiden Teh di [email protected] (010-2211150), Talian Am dan emel: 03-80709933 dan [email protected].

Ini adalah pengumuman terakhir untuk Siri Ekosistem Bangunan Digital TimeTec. Bermula rabu depan, TimeTec akan memulakan satu lagi siri baru untuk TimeTec Parking. Klik di sini untuk siri 12 dari 13 Ekosistem Bangunan Digital TimeTec: Ekosistem Bangunan Digital (12 of 13): Menjana Pendapatan dengan i-Ad

Versi English: Digital Building Ecosystem (12 of 13): Monetization with i-Ad

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com , www.timetecbuilding.com

Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk IOI Properties, Putrajaya Holdings, Ibraco, Binastra, Thriven, Hock Seng Lee, QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain.

ADS