Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Media melaporkan, seorang peniaga burger dan colek di dua kampung berasingan di Kota Bharu, dikenakan kompaun RM50,000 kerana didakwa beroperasi melebihi masa ditetapkan pada Ahad malam lalu.

Tindakan yang dikenakan terhadap mereka yang masing-masing berniaga kecil-kecilan di depan rumah menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak yang menganggap ia keterlaluan.

"Menteri Undang-undang telah beri penjelasan bahawa saman RMy50,000 keterlaluan sebab RM50,000 itu adalah berkaitan syarikat, namun ia bukan bidang kuasa kita, ia di bawah kuasa polis, untuk buat rayuan di bawah KKM,” jelas Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, tindakan kompaun itu berada di luar bidang kuasanya, namun secara peribadi beliau menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Masalahnya, pakat tolak-menolak dalam isu ini. KKM diam seribu bahasa.

Sebelum pelaksanaan undang-undang buatlah sedikit kerja bagi kementerian dan jabatan mengikut garis panduan yang betul.

Ini tidak. Saya perhatikan ia berlaku sejak Covid-19 bermula di negara kita awal tahun 2020 - pagi lain sebelah petang nanti lain pula jadinya.

Wahai pak menteri yang bijaksana, jangan kamu tambah menyusahkan lagi rakyat yang sedang sengsara dalam menghadapi kehidupan dalam pandemic Covid-19 ini.


LT COL (H) CHE HASSAN CHE JOHAN ialah presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS