Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Dedahkan laporan siasatan saham Azam Baki

Negara kita sedang mengalami penyakit tenat susulan laporan Bloomberg hari ini yang mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghalang laporan hasil siasatan terhadap pemilikan saham Azam Baki daripada didedahkan kepada umum, di tengah spekulasi bahawa jawatankuasa khas siasatan mendapati sekurang-kurangnya nilai RM14 juta saham bawah nama ketua pesuruhjaya SPRM itu. 

Laporan itu juga mendakwa Azam–yang tempoh perkhidmatannya di SPRM berkemungkinan tidak dilanjutkan di sebalik gesaan dipecat–dalam usaha supaya dilantik sebagai senator, jawatan yang memerlukan syor perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong. 

Menurut jurucakap kerajaan, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada 11 Mac: 

“Jemaah menteri hari ini menerima dan membincangkan hasil laporan siasatan oleh peguam negara berhubung isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.”


Baca: Lagi isu Azam Baki: PAS cabar Anwar saman Bloomberg


Justeru itu, jika apa yang dilaporkan oleh Bloomberg tidak benar, saya menggesa Anwar segera mendedahkan hasil siasatan tersebut kepada umum bagi membuktikan ia adalah fitnah serta mencemarkan nama baik Kerajaan Madani.

Jika Anwar gagal melakukannya, bermakna kandungan yang dilaporkan oleh Bloomberg berkemungkinan besar adalah benar.

Mari kita lihat apa tindakan lanjut Anwar. Perkara ini akan menjadi semakin menarik dan menarik perhatian orang ramai.


ALBERT TEI adalah ahli perniagaan yang mengetengahkan dakwaan rasuah melibatkan ahli politik Sabah berkaitan lesen penerokaan mineral di negeri itu.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS