
Wakil rakyat PKR dicabar bukti tuduhan
Parlimen
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencabar Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) kemuka bukti dakwaan kementeriannya beri bantuan ikut saluran politik.


Dalam masa setengah jam, semua nashkah laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam, habis dijual.
[Laporan penuh di dalam]


Parlimen
Menteri Pelancongan itu diasak dengan pelbagai pertanyaan berhubung dakwaan berlaku diskriminasi dalam program pelancongan di lima negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.


Tengku Razaleigh Hamzah merancang ke Sabah dan Pahang pula untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan ahli akar Umno seluruh negara dalam rangka meraih sokongan untuk pemilihan presiden parti Disember nanti.

M Manoharan yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merayu Sultan Selangor dan kerajaan negeri agar campur tangan membebaskannya segera untuk berkhidmat kepada pengundi.

dikemaskini
Dalam kenyataannya hari ini, beliau mendakwa menerima sebutir peluru hidup dan sepucuk surat dalam sekeping sampul yang dikirim oleh seorang lelaki ke pejabatnya.


Naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan parti itu semalam sebagai "kritikal".

Pergerakan Pemuda Umno menyifatkan idea ketuanan rakyat yang cuba diketengahkan oleh Pakatan Rakyat adalah sinonim dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh Umno.


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno menunjukkan bahawa masalah dalaman parti itu semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih.

Pengumuman mengenainya dibuat dalam lamanweb mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad - www.chedet.com - pada jam 10.11 malam tadi.

Kalau ada orang Cina yang keluar dari al-Azhar, saya sanggup (serahkan jawatan menteri besar)," kata menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.