
Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu
dikemaskini
Pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu, Sabah semalam.

dikemaskini
Pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu, Sabah semalam.

Ibu kepada pelakon Catriona Ross, Siti Zawiyah Abd Rahman, 63, antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas ekspress di Km 61.8 Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Gerik, awal hari ini.

Barisan Nasional (BN) mempunyai potensi untuk mengambil kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parit Buntar dan Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata naib presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi menegaskan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak akan dibubar selagi perdana menteri tidak membubarkan Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada
Bernama
hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.

Kumpulan pendesak Hindraf memberi amaran untuk menarik balik sokongan pada Pakatan Rakyat sekiranya gabungan parti itu masih berlengah-lengah dalam menyatakan sokongan kepada rancangan lima tahunnya untuk menyelesaikan isu kemiskinan masyarakat India.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pampasan itu sebenarnya pernah dijanjikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri, namun tidak pernah ditunaikan hingga kini.

Pengerusi Bilik Gerakan BN Melaka Datuk Wira Othman Mohammad berkata 90 peratus atau 75,150 merupakan pengundi muda berumur 21 hingga 39 tahun manakala kawasan Parlimen Bukit Katil mencatatkan bilangan pendaftaran pengundi paling ramai.

Malaysia mencatatkan kadar edaran ubat tiruan antara tiga hingga lima peratus daripada jumlah edaran semua ubat di negara itu, menurut artikel oleh Emerging Markets Health Network (EMHN).

Seorang 'menteri' telah dipersalahkan kerana menyebabkan suasana yang memalukan apabila artis sensasi Korea Selatan, Psy, tidak naik untuk bersama dengan orang kenamaan di atas pentas menggaul
yee sang
sebelum membuat persembahan di Pulau Pinang Isnin lalu.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menjelaskan dakwaan bahawa parti itu ditipu Umno semasa menyertai BN.

dikemaskini
Kerajaan Selangor akan menghantar surat tawaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada minggu depan berhubung hasrat untuk mengambil alih perkhidmatan air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hari ini mengeluarkan surat tawaran kepada 114 keluarga di Kampung Railway, Sentul bagi memudahkan mereka berpindah sementara sebelum mendiami semula kawasan itu tiga tahun lagi.

Ketua Menteri Sabah itu menangkis kempen yang dilaung pakatan pembangkang kononnya ketiga-tiga kerusi parlimen itu dalam genggaman mereka.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini benarkan permohonan Jabatan Peguam Negara menjadi pencelah dalam saman mencabar keputusan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) meruntuhkan tiang kamera AES.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan berjumpa wakil rakyat Pakatan Rakyat pada minggu ini bagi membincangkan tentang cadangan untuk membubarkan DUN selepas sambutan Chap Goh Meh.

Tujuh belas pemberontak maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan apabila mereka masuk ke dalam perangkap tentera semasa menyerang hendap sebuah kem tentera laut di Narathiwat awal hari ini.

dikemaskini
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pemaju kondominium itu boleh bertemu pihak berkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk memberi penjelasan.

Saudagar permaidani Deepak Jaikishan memohon imuniti daripada sebarang dakwaan undang-undang sebagai galang ganti untuk mendedahkan "lebih banyak maklumat berkaitan salah guna kuasa dan rasuah perdana menteri".

dikemaskini 2.43pm
Satu lagi kumpulan siswa dari Gerakan Mahasiwa PRU-13 hari ini mendakwa diugut, kali ini oleh sekumpulan individu bersenjatakan parang dalam satu kejadian ketika mereka mengedarkan risalah di satu rancangan Felda di kawasan parlimen Pekan.

Setiausaha politik MP Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, cabaran itu tetap dikemukakan memandangkan Raja Nong Chik membuat tohmahan kononnnya Nurul Izzah tidak menunaikan tanggungjawab di kawasan parlimen tersebut.

dikemaskini
Dakwaan itu dibuat dalam satu "perisytiharan" oleh kumpulan yang dikenali dengan nama Minda Pondok, Mustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (Icik) dan PENDITA, menurut laporan Utusan Malaysia.

Sumber polis itu berkata selebriti tersebut, yang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, hadir bersama peguamnya memberi keterangan selama lebih satu jam di ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya.

"Saya percaya mereka dihantar untuk sabotaj rumah terbuka yang kita anjurkan ini dan kita dapati ada beberapa pengunjung yang hadir turut memakai baji seperti yang disarankan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng," kata pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan 25,500 unit rumah mampu milik di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di kawasan Iskandar Malaysia di Kulaijaya.

Empat individu membuat laporan polis semalam berhubung perbuatan pihak tertentu menyimbah cat merah di papan iklan tertera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Batu Gajah.
