Arkib - 6 Febuari 2013

Datuk Yahya Sulong meninggal dunia

Datuk Yahya Sulong meninggal dunia

Pelakon veteran dan pelawak, Datuk Yahaya Sulong, 84, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini akibat sakit tua.
Dr M: Pendatang diberi IC tak semestinya undi BN

Dr M: Pendatang diberi IC tak semestinya undi BN

NONE Bercanggah dengan dakwaan kerakyatan-untuk-undi, pendatang asing yang diberikan kewarganegaraan tidak selalunya mengundi BN, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
SPR: Anak Ramasamy didaftar sebuah parti politik

SPR: Anak Ramasamy didaftar sebuah parti politik

NONE Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa anak perempuan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, yang mendakwa namanya telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih tanpa pengetahuannya, telah didaftarkan sebagai pengundi oleh sebuah parti politik.
Panglima ATM pertahan syarat baru jawatan leftenan muda

Panglima ATM pertahan syarat baru jawatan leftenan muda

NONE Panglima Angkatan Tentera (ATM) Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mempertahankan syarat pemohon memiliki ijazah pertama dengan kepujian bagi pengambilan untuk jawatan leftenan muda, bertujuan melatih pegawai ATM bertaraf dunia.
Peguam: K'jaan benar Pornthip periksa mayat Sugumar

Peguam: K'jaan benar Pornthip periksa mayat Sugumar

NONE dikemaskini 7.07pm Surat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan lewat petang ini bagaimanapun menetapkan syarat kepada ahli patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand untuk untuk memohon terlebih dahulu dengan Majlis Perubatan Malaysia.
Peguam: K'jaan setuju Pornthip bedah siasat Sugumar

Peguam: K'jaan setuju Pornthip bedah siasat Sugumar

Peguam kepada keluarga mendiang C Sugumar berkata Kementerian Kesihatan secara dasarnya bersetuju untuk mengeluarkan surat kebenaran kepada ahli patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand bagi menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat tersebut.
Pembedahan jantung, wartawan perlukan RM50,000

Pembedahan jantung, wartawan perlukan RM50,000

Seorang wartawan tempatan Ismail Lamo memerlukan sekurang-sekurangnya RM50,000 bagi membolehkannya menjalani pembedahan jantung di Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor, bagi memperbaiki salah satu injap jantungnya yang rosak.
Mahkamah Persekutuan benar  SYABAS pinda tuntutan

Mahkamah Persekutuan benar SYABAS pinda tuntutan

Panel lima hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara memansuhkan keputusan Mahkamah Rayuan  yang menolak permohonan syarikat air itu untuk meminda pernyataan tuntutannya bagi memasukkan dua kadar alternatif bagi pengiraan kuantum pampasan.
PM lancar Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia

PM lancar Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) merupakan dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih.
MyWatch dakwa polis beri statistik jenayah berbeza

MyWatch dakwa polis beri statistik jenayah berbeza

NONE dikemaskini NGO Pasukan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) menggesa polis menjelaskan statistik jenayah tahun 2011 yang dikeluarkan pasukan tersebut kerana didakwa berbeza dengan kenyataan pengarah jabatan siasatan jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
Najib petik kata-kata Deng Xiaoping dalam ucapan CNY

Najib petik kata-kata Deng Xiaoping dalam ucapan CNY

NONE Pilihan raya umum semakin hampir dan bukan sesuatu yang mengejutkan bagi pengundi kaum Cina di Selangor menerima surat ucapan ditandatangani perdana menteri sempena Tahun Baru Cina (CNY) - kali ini bersama paket ang pau dan petikan kata-kata bekas pemimpin parti komunis China itu tentang reformasi.
Deepak kata akan mohon perlindungan dari AG

Deepak kata akan mohon perlindungan dari AG

NONE dikemaskini Saudagar karpet Deepak Jaikishan berkata beliau akan memohon agar peguam negara memberi perlindungan mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 apabila beliau mendedahkan kes penyelewengan didakwa melibatkan pemimpin negara kelak.
Psy perlu 'tutup aurat', kata Nik Aziz

Psy perlu 'tutup aurat', kata Nik Aziz

NONE Walaupun Psy merupakan artis sensasi Korea Selatan dan di peringkat global, tetapi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat nampaknya tidak perasan dan malah menyangka Psy seorang wanita.
Deepak dakwa Najib arah Boustead beli syarikatnya

Deepak dakwa Najib arah Boustead beli syarikatnya

NONE dikemaskini 4.53pm Saudagar karpet Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak demikian kerana "tidak mahu didedahkan bahawa ahli keluarganya telah mendapat duit untuk meluluskan pemindahan tanah ini kepada kita".
Anggota tentera hadiri KL112 berdepan tindakan

Anggota tentera hadiri KL112 berdepan tindakan

Enam anggota tentera yang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat (atau KL112) yang disokong pembangkang bulan lepas mungkin didakwa atas dakwaan "memudaratkan perkhidmatan" tersebut.
Bekas IGP: Siasat ikut kes bunuh jika kematian mengejut

Bekas IGP: Siasat ikut kes bunuh jika kematian mengejut

NONE Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan yang diminta memberi pandangan berhubung tindakan polis dalam kes kematian C Sugumar berkata, polis perlu membuka siasatan kes bunuh sekiranya melibatkan kes kematian mengejut.
Ambiga: Balik mengundi, jangan undi pos

Ambiga: Balik mengundi, jangan undi pos

ambiga sreenevasan Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menyeru demikian memandangkan syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pengundian pos di luar negara didakwanya sangat mengelirukan dan meragukan.
Penganalisis persoal harga jualan saham FGV dalam Tradewinds

Penganalisis persoal harga jualan saham FGV dalam Tradewinds

Keputusan Felda Global Ventures (FGV) untuk menjual 20 peratus kepentingannya dalam syarikat tersenarai Tradewinds (M) Sdn Bhd pada harga RM9.30 sesaham tidak mencerminkan nilai sebenar pegangan, yang menurut penganalisis, sepatutnya lebih tinggi.
Persembahan Psy: BN didakwa khianati artis tempatan

Persembahan Psy: BN didakwa khianati artis tempatan

NONE ULASAN Artis veteran tempatan hanya dihulur RM2 ribu seorang baru-baru ini melalui Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M). Kalau bayaran kepada Psy berjumlah RM2 juta, ia bersamaan dengan peruntukan keseluruhan kepada YA1M untuk tahun ini.
Kajian dapati individu 100 tahun didaftar pengundi baru

Kajian dapati individu 100 tahun didaftar pengundi baru

NONE Kajian yang dilakukan oleh Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) mendapati lebih 160 orang yang berumur 90 dan ke atas, termasuk beberapa orang yang berusia 100 tahun, telah mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum lepas.
Siasatan 14 gajah mati, ganjaran kini RM50,000

Siasatan 14 gajah mati, ganjaran kini RM50,000

Siasatan kematian 14 gajah pigmy Borneo secara misteri di Hutan Simpan Rara diperhebat dan ganjaran tambahan RM40,000 ditawarkan kepada pemberi maklumat hingga tertangkapnya pihak yang menyebabkan kematian haiwan itu.
Himpunan 12 Jan: 13 lagi saksi belum tampil

Himpunan 12 Jan: 13 lagi saksi belum tampil

Penganjur perhimpunan tersebut didakwa telah melanggar syarat apabila kanak-kanak bawah umur 15 tahun turut dibawa dalam perhimpunan tersebut.
ADUN Behrang dan dua yang lain bebas tuduhan rasuah

ADUN Behrang dan dua yang lain bebas tuduhan rasuah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan dua yang lain kini boleh menarik nafas lega selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan mereka daripada pertuduhan rasuah.
Banduan diberi pelepasan berlesen bersama keluarga

Banduan diberi pelepasan berlesen bersama keluarga

Jabatan Penjara Malaysia buat pertama kali melaksanakan pelepasan banduan secara berlesen selama tujuh hari bertujuan pemulihan banduan melalui penglibatan keluarga.