
Pembunuh Dirang dijatuhi hukuman mati
Buruh kontrak, Muidin Maidin dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Baharu hari ini setelah didapati bersalah membunuh kanak-kanak Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjelaskan bahawa beliau sendiri bertanggungjawab melantik bekas menteri Datuk Seri Dr Ng Yen Yen ke jawatan pengerusi MPTB.
Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
Mahkamah Sesyen di Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada seorang anggota kerabat diraja kerana dituduh mencederakan peninju negara Muhamad Farkhan Mohd Haron.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah baginda tidak berkenan pihak yang menyalahtafsir peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor demi kepentingan dan manfaat golongan tertentu.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk VT Singham yang menyampaikan penghakiman memihak kepada keluarga A Kugan dua hari lalu, bersara hari ini selepas berkhidmat selama 13 tahun.
Mantan naib presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa perhimpunan membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu - Black 505 - dibiayai oleh pihak asing.
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bakal menerima tentangan dari bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said dalam pemilihan untuk jawatan tertinggi dalam sayap tersebut pada hujung tahun ini.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam berkata semua jawatan tertinggi dalam parti itu terbuka untuk ditandingi pada pemilihan yang dijadualkan hujung tahun ini.