Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS mengingatkan ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya tidak menyalahkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) susulan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam kurang mendapat sambutan kerana kurangnya aktiviti promosi.

NONE Timbalan ketua penerangan PAS Melaka, Yusof Wahab berkata agensi tersebut juga tidak berfungsi untuk menarik syarikat penerbangan beroperasi di lapangan tersebut sebaliknya  perkhidmatan asasnya ialah menarik pelancong datang ke Melaka.

"Janganlah salahkan orang lain kalau kegagalan itu adalah kegagalan Ali dan kerajaan negeri yang tersilap percaturan membangunkan LTAM yang sememangnya dari awal tidak mempunyai nilai komersil untuk dinaiktaraf kerana lokasinya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur dan Singapura.

"Pelancong lebih suka menggunakan jalan darat untuk ke Melaka berbanding dengan menaiki kapalterbang yang kosnya mungkin lebih mahal," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Yusof kesal dengan kenyataan Mohd Ali didakwanya tidak mahu bertanggungjawab di atas kelemahan dan kegagalan kerajaan negeri menarik syarikat penerbangan beroperasi di LTAM sebaliknya menyalahkan agensi tersebut.

Ali rustam and muhyiddin in merlimau Yusof mengulas kenyataan Mohd Ali ( kanan ) yang dilapor mengakui operasi di lapangan terbang ini tidak mendapat sambutan.

Katanya, beliau kesal dan kecewa terhadap agensi pelancongan tersebut kerana tidak menjalankan promosi terhadap LTAM sehingga  terbang ini tidak mendapat sambutan.

Mohd Ali berkata BPP tidak boleh menunggu kerajaan negeri sahaja berusaha menjalankan promosi dan kegiatan lain bagi menarik pengguna untuk menggunakan kemudahan di lapangan terbang tersebut.

Mengulas lanjut, Yusof berkata Pakatan Rakyat sebelum ini pernah membangkitkan isu kegagalan LTAM menarik syarikat penerbangan beroperasi di situ.

klia kl international airport "Malah ia dibangkitkan sebelum LTAM dinaiktaraf lagi. Pakatan sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri untuk menaiktarafkan Lapangan Terbang Batu Berendam menjadi LTAM yang kononnya mencapai spesifikasi sebagai sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa," katanya.

Yusof juga mendakwa kerajaan negeri Melaka tidak melaksanakan kajian terperinci dan tepat sebelum melaksanakan projek pembesaran lapangan terbang ini dengan sejumlah wang yang mencecah jutaan ringgit

Sebaliknya dengan jumlah wang tersebut  banyak lagi projek yang memberi manfaat kepada rakyat antaranya projek mengatasi masalah banjir, menaiktaraf Hospital Melaka yang tidak cukup kelengkapan dan katil.

ADS