Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Kelab Sultan Sulaiman untuk meraikan perayaan tersebut bersama-sama dengan masyarakat Tionghua.

Perkasa cny event grabbing at angpow Pertubuhan itu, buat julung kali mengadakan sambutan tersebut - sejak ditubuhkan tiga tahun lalu - sebagai usaha mengikis tanggapan mereka adalah pertubuhan rasis walaupun lantang memperjuangkan hak Melayu.

Lebih 300 hadirin dari kaum Cina hadir dalam terbuka itu, dilihat gembira dengan perayaan tersebut, bahkan menerima 'angpow' dari Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan timbalannya Datuk Abdul Rahman Bakar.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas turut bergerak dari meja ke meja untuk mengedar angpau kepada hadirin.

Manakala Abdul Rahman 'diserbu' oleh hadirin yang berebut-rebut mendapatkan angpau sebanyak RM10 daripadanya. Kebanyakannya warga emas.

"Saya tidak menjangkakan seramai ini datang sehingga makanan tak cukup, sehingga kita terpaksa tambah, ada masalah ada tak dapat. Ia sambutan luar biasa.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 3 "Sambutan ini untuk membuktikan PERKASA bukan pertubuhan rasis, ultra dan label-label lain dilemparkan adalah tidak benar," katanya.

Ahli parlimen Pasir Mas menegaskan perjuangan pihaknya adalah mempertahankan asas perlembagaan yang dibentuk oleh pemimpin dahulu sewaktu mencapai kemerdekaan.

Sementara itu, Ibrahim berkata pihaknya juga mendapat maklum balas yang baik berhubung tanggapan kaum Cina terhadap pertubuhan tersebut.

Katanya, maklum balas tersebut diperolehi selepas beberapa kali mengadakan pertemuan dengan kumpulan NGO dan individu Cina dan sudah mula menampakkan kecenderungan untuk memahami PERKASA.

Bahkan, dalam majlis tersebut juga - yang terdiri daripada warga emas - turut berjumpa dengannya dan bertanyakan khabarnya.

"Mereka kata apa khabar datuk. Saya kata, awak kenal saya. Mereka kata, kenal sebab tengok dalam surat khabar," katanya sambil mendapat ketawa kecil para wartawan.

perkasa open house 290112 ibrahim ali Ditanya berapakah jumlah angpau yang diserahkan kepada hadirin, Ibrahim bagaimanapun enggan mendedahkan jumlahnya.

"Habislah dekat-dekat RM10,000... Sikit-sikit seoranglah... Tidak termasuk makan. Ini lain," katanya sambil ketawa.

Ibrahim juga menyatakan hasratnya untuk mengadakan majlis yang lebih besar itu pada masa akan datang sekiranya mempunyai peruntukan yang banyak.

VIDEO | 9.51 min

ADS