Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Pendatang asing di Sabah tak gugat keselamatan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kehadiran warga asing di Sabah "tidak menggugat keselamatan" dalam negara.

Katanya, perkara itu adalah berdasarkan usaha pemantauan dan penguatkuasaaan agensi kerajaan terhadap kemasukan warga asing yang berjumlah 889,779 orang.

"(Warga asing) yang berada di Sabah tidak menggugat keselamatan dan keamanan di negara ini dan keadaaannya terkawal seperti mana di negeri-negeri lain," katanya.

NONE Seramai lebih 70,000 pendatang tanpa izin telah diusir daripada negara ini sehingga 19 September 2012 dan ia dilaksanakan secara berterusan, ketika lagi ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri berkata, antara agensi yang terlibat antaranya Jabatan Imegresen Sabah, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Petahanan Awam dan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, agensi tersebut telah menunjukkan "prestasi yang memuaskan" untuk memantau dan melaksanakan undang-undang terhadap pendatang yang sah dan tanpa izin.

Datuk Seri Wilfred Bimburing (Bebas–Tuaran) meminta beliau menjelaskan sekiranya kehadiran warga asing di negeri itu menggugat keselamatan dan keamanan negara.

Mengulas perkara itu, Nazri mengakui berlakunya lonjakan "agak tinggi" di negeri itu sejak 40 tahun bermula 1970 disebabkan beberapa faktor termasuk pertumbuhan penduduk semula jadi seperti kelahiran dan kematian.

Ia juga disebabkan proses dokumentasi pada tempoh tersebut, mobilisasi ekonomi dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak, katanya.

Selain itu, ia turut disebabkan kehadiran pekerja asing sah bekerja di sektor perladangan dan perkilangan serta kedatangan pendatang tanpa izin, tambahnya.

Mengulas satu soalan tambahan yang dikemukakan Bumburing, Nazri berkata beliau berjanji akan mengulas isu berhubung pendatang asing tersebut semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013.

ADS