MP DAP Steven Sim mempersoalkan peningkatan jumlah anggota polis Cawangan Khas (SB) yang menurutnya menggambarkan bahawa keadaan pada masa sekarang lebih buruk berbanding semasa peringkat pertama Darurat.
Sim (DAP-Bukit Mertajam) berka unit SB yang mempunyai 459 anggota pada 1954, yang membentuk hanya dua peratus dari keseluruhan kekuatan anggota.
Bagaimanapun, terdapat 8,200 orang pegawai SB dalam pasukan polis pada 2012 – meningkat 3,000 orang berbanding semasa pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, SB merupakan unit khusus yang ditubuh untuk kerja-kerja risikan semasa Darurat.
"Adakah Malaysia bawah (Najib) lebih teruk berbanding semasa darurat?," soalnya.
Katanya lagi, pada tahun lalu sahaja, SB menerbitkan kira-kira 380,000 laporan, yang dipercayai turut melibatkan pengawasan ke atas ahli politik.
"Ini menjadikan 1,000 laporan sehari. Sebaliknya, Jabatan Siasatan Jenayah hanya mampu menyelesaikan 60,000 kes yang difailkan pada tahun itu. Ini hanya 15 peratus. Tidakkah lebih baik jika kecekapan SB digunakan untuk memerangi jenayah?," tambahnya.
Katanya lagi, peruntukan untuk unit Cawangan Khas membentuk 5.7 peratus dari keseluruhan peruntukan.
