Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata kepimpinan PAS menerima permohonan maaf jawatankuasa pemilihan PAS susulan masalah teknikal yang berlaku pada pemilihan anggota anggota jawatankuasanya semalam.

Sambil memuji tindakan pengerusi pemilihan Asmuni Awi yang mengakui bertanggungjawab dan bersedia meletakkan jawatan, Mustafa bagaimanapun berkata perkara itu tidak perlu dilakukan kerana PAS masih dalam proses pengundian.

"Atas dasar itu dan pandangan presiden yang menyatakan kesilapan teknikal adalah kesilapan yang dihadapi manusia.

"Kita menerima permohonan maaf jawatankuasa pemilihan dan tok guru (presiden) menasihatkan supaya terus memberi kepercayaan dan meneruskan pemilihan," kata Mustafa dalam muktamar PAS hari ini.

Mustafa memberi penjelasan Asmuni yang sebelum itu menyatakan permohonan maaf kepada muktamar dan mengumumkan kesediaan melepaskan jawatan selepas menyedari kesilapan mereka semalam.