Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Runtuh' pejabat esok, M'kini buat laporan polis
Diterbitkan:  Nov 4, 2016 4:57 PM
Dikemaskini: 12:06 PM

Malaysiakini membuat laporan polis terhadap amaran pemimpin Baju Merah Datuk Seri Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk memastikan sebahagian bangunan Malaysiakini di Petaling Jaya, runtuh esok.

Laporan itu dibuat oleh pengurus besar portal berita ini K Manohar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya petang ini, susulan amaran Jamal di pejabat Malaysiakini semalam.

Jamal dalam kunjungannya bersama kira-kira 100 penyokong semalam memberi amaran sebahagian bangunan Malaysiakini akan runtuh esok jika dakwaan portal ini menerima dana hartawan George Soros tidak diperjelas.

Jamal berkata: “Sekurang-kurangnya 20,000 orang akan turun ke sini. Dan kita akan pastikan sebahagian bangunan ini akan runtuh pada 5 November (esok).”

“Saya buat laporan polis ini dan dengan rendah diri mohon pihak polis turunkan pegawai untuk melindungi kakitangan dan pejabat jiran-jiran kami dan memastikan kawalan orang ramai bagi mengelakkan Baju Merah mengambil tempat seperti ancaman dibuatnya,” menurut Manohar dalam laporan itu.

Manohar juga memberikan transkrip pertemuan Jamal dan pengikutnya dengan pasukan Malaysiakini yang diketuai Ketua Pengarang Kumpulan Steven Gan kepada polis.

Rakaman video pertemuan kira-kira 20 minit semalam turut diserahkan untuk membantu siasatan pihak polis.

Dalam pertemuan semalam, pengarang-pengarang Malaysiakini telah menjelaskan berkaitan sumber kewangan mereka dan berkaitan dana Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan Soros untuk menghasilkan program berita berkaitan Sarawak di KiniTV.

Malaysiakini juga menjelaskan maklumat berkaitan bukan rahsia dan telah dimuatkan di laman web dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja, manakala aspek kewangan sudah diaudit setiap tahun dan terbuka kepada penelitian Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
 

Kewartawanan bukan musuh demokrasi berparlimen

Runtuh pejabat Malaysiakini? Kita lihat hari Sabtu, kata IGP

Orwell, kandang Encik Jones dan media

Jamal soal, Mkini perjelas sambil pekena kopi, teh tarik

Lebih 100 baju merah di pejabat Malaysiakini


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS